UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 21 Julai 2011

MB Khalid beri "Green Light" untuk Konsert MTV World Stage di i-City!

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang akhbar semalam mengulangi pendirian kerajaan negeri untuk tetap meneruskan konsert MTV World Stage di i-City pada Ahad ini meskipun mendapat bantahan pelbagai pihak.

Walaupun mengakui penganjuran konsert dan aktiviti hiburan seumpama itu mungkin boleh mengundang kesan negatif, beliau beranggapan ia tidak seharusnya dijadikan isu kerana masyarakat perlu menerimanya sebagai satu proses keterbukaan.

“Mereka ( pihak yang membantah ) ada sebab membuat bantahan kerana mungkin khuatir kesan budaya dan pengaruh Barat, tapi saya rasa kita perlu menerimanya sebagai satu proses keterbukaan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan mengadakan pemantauan sepanjang konsert berkenaan berlangsung bagi memastikan tiada kesan negatif berlaku kepada industri pelancongan, masyarakat dan golongan belia.

Sementara itu : Pemuda PAS "kesal" dengan penganjuran Konsert MTV World Stage i-City..!!!

Nasrudin berkata ia mengguris hati umat Islam kerana penganjuran dibuat pada saat umat Islam sedang membuat persiapan menghadapi bulan Ramadhan. Memo bantahan Pemuda PAS terhadap konsert ini yang diserahkan kepada MB Selangor dan dipercayai gagal mendapat sebarang jawapan. Malah cubaan susulan untuk berjumpa dengan Khalid juga gagal!

Kelihatan tiada siapapun yang mengendahkan rayuan Ketua Pemuda PAS. Dikatakan juga MEMO bantahan itu diserahkan kepada MB Khalid melalui Ahli Parlimen Shah Alam iaitu Khalid Samad! Samada sudah diserahkan ataupun tidak, hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.

Beranikah Unit Amal PAS menjadi barisan hadapan demo di i-City nanti jika benar Pemuda PAS mahu melakukannya. Atau Unit Amal PAS bakal digunakan untuk 'membersihkan' sampah sarap selepas habis Konsert tersebut nanti. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan