Pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor sengit apabila tiga calon dijangka bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro yang mempertahankan jawatannya dijangka dicabar oleh timbalannya, Datuk Jahaya Ibrahim dan Setiausaha UMNO Bahagian, Ishak Haron.
Amiruddin ketika ditemui hari ini mengesahkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan dan menyifatkan sekiranya dua lagi pemimpin UMNO bahagian itu mencabar beliau, perkara itu adalah satu amalan biasa selaras dengan prinsip demokrasi dan keterbukaan yang diamalkan oleh parti.
Dalam pilihan raya umum lalu, UMNO Kuala Selangor dilihat antara bahagian yang cemerlang apabila berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Selangor dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati daripada pembangkang selain mempertahankan DUN Jeram.
Bagi saya kejayaan ini adalah berkat usaha, kerja keras dan perpaduan seluruh jentera dan kepimpinan UMNO Bahagian," katanya di sini.
Juragan Malawati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan