UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 18 September 2013

ISMA bidas PAS isu MPEB: Menjadi tanggungjawab kerajaan membangunkan ekonomi Melayu dan Bumiputera?


Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya membidas ‘kenyataan tidak berfakta’ Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang berhubung agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Kata Tuan Haji Aminuddin, Presiden PAS seolah-olah tidak dibekalkan dengan maklumat yang cukup bahawa telah banyak peruntukan kerajaan yang diberikan kepada kaum lain.

“Ini bukan isu tidak memberikan perhatian kepada kaum lain. Bahkan telah banyak yang kerajaan berikan umpamanya bantuan sekolah jenis kebangsaan dan melantik wakil kaum lain menjadi menteri kabinet.

“Isunya sekarang, kerajaan mahu membangunkan Melayu dan bumiputera. Sememangnya menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan memberi fokus dan mengutamakan bangsa Melayu dan bumiputera sebagai kaum majoriti,” ujar beliau kepada wartawan ISMA.

Semalam, Presiden PAS mengatakan tindakan kerajaan dalam memperkasakan ekonomi bumiputera adalah tidak betul dan kerajaan perlu adil dalam memberikan bantuan kepada semua bangsa.


Bagaimanapun Tuan Haji Aminuddin turut mempersoalkan cara fikir Presiden PAS dalam kenyataan tersebut.

“Dalam tindakan kita untuk membangunkan bangsa kita, mengapa harus kita memikirkan kaum lain? Cara fikir beliau menunjukkan ia adalah satu kesalahan kalau kita berusaha membangunkan bangsa sendiri.

“Presiden PAS seharusnya membuka minda, mencari formula bagaimana membangunkan bangsa Melayu. Tidak harus terikat dengan cara fikir ‘apa pula nasib bangsa lain’. Tidak salah membangunkan bangsa sendiri.

“Kalau begitu, sampai bila pun bangsa Melayu tidak akan maju.

“Oleh itu, beliau perlu lebih rajin membaca dan berhenti daripada membuat kenyataan yang kebudak-budakan,” tegas beliau.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan