UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 11 Mei 2013

Ulang tahun ke-67 UMNO dirai penuh kesyukuran









Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan berikutan pilihan raya umum Ahad lalu, sambutan ulang tahun ke-67 UMNO diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran serta solat Isyak.

Majlis bertemakan '67 Tahun Menepati Janji' itu dihadiri pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Razak serta ribuan anggota UMNO.

Najib berbaju Melayu biru dan bersongkok tiba pada 7.20 malam dengan diiringi anak beliau, Norashman Razak.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' serta nyanyian lagu UMNO 'Bersatu Bersetia Berkhidmat' diadakan di Dewan Merdeka PWTC sebelum Najib menyampaikan amanatnya.

Sementara itu, kira-kira 2,000 ahli UMNO memenuhi Dewan Merdeka bagi meraikan sambutan ulang tahun parti berkenaan.

Juragan Malawati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan