UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 14 Mei 2013

Minda Presiden PAS tertutup...!!! Hadi tolak ajakan Nasharuddin?


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang penyatuan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.

Beliau sebaliknya menyifatkan itu hanya cadangan pihak yang sedang 'lemas' atau terdesak mendapatkan pertolongan daripada orang lain untuk menyelamatkan diri.

"Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat, dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Abdul Hadi mengulas desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang mahu perpaduan Melayu Islam diperkasa menerusi kerjasama UMNO dan Pas iaitu dua parti politik di negara ini yang ditunjangi orang Melayu.

Nasharuddin berkata, usaha penyatuan Melayu Islam ini perlu digerakkan di peringkat bawahan dan hanya UMNO serta Pas sahaja dilihat mampu melakukan perkara tersebut.

Sementara itu, ditanya adakah penyatuan antara kedua-dua parti itu mustahil untuk berlaku, Abdul Hadi enggan memberikan sebarang komen.

Mengulas tentang pertemuannya dengan Ahmad, beliau berkata, ia adalah kunjungan hormat yang biasa dilakukannya dan berharap pentadbiran baharu kerajaan Pas Kelantan berjalan dengan baik.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan