UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 30 Mei 2013

Masalah air semakin kronik?


Masalah kekurangan air terawat di ibu kota, Selangor dan Putrajaya dijangka semakin kritikal mulai 1 Julai tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi berkata, keadaan tersebut bakal berlaku apabila rizab bekalan air merosot secara mendadak sehingga ke tahap negatif akibat daripada permintaan tinggi daripada pengguna.

"Untuk tempoh dari sekarang hingga Julai 2014, rizab bekalan air adalah sangat sedikit kerana kapasiti bekalan pada masa ini adalah 4,661 juta liter sehari (JLH) sahaja berbanding permintaan semasa sebanyak 4,638 JLH.

"Permintaan yang tinggi akibat cuaca panas sekarang menyebabkan rizab bekalan air menjadi sedikit iaitu sekitar 0.43 peratus atau 19.83 JLH, kita perlukan sekurang-kurangnya 10 peratus rizab air (daripada jumlah dibekalkan kepada pengguna).

"Rizab yang amat sedikit ini telah menyebabkan bekalan air menjadi tidak stabil dan akibatnya berlaku gangguan bekalan secara kerap dan tidak menentu," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai status terkini bekalan air di tiga wilayah tersebut di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Miang Koi menjelaskan, daripada 34 loji sedia ada, empat daripadanya beroperasi melebihi kadar kapasiti reka bentuknya bagi menampung permintaan yang terlalu tinggi.

Menurutnya, ekoran daripada itu berlaku penurunan paras air yang kritikal di kolam-kolam utama Syabas.

"Kawasan-kawasan yang dikenal pasti kritikal dengan permintaan tinggi yang dinamakan 'water stress areas' ialah di Hulu Langat, Petaling, ibu negara, Klang, Shah Alam dan Gombak.

"Dalam hal ini, kerajaan negeri Selangor juga perlu bertindak kerana masalah ini akan memberikan impak yang buruk kepada penduduk," ujarnya.

Sehubungan itu, Miang Koi meminta orang ramai menggunakan air secara minimum bagi mengelakkan pembaziran.

"Penggunaan air kini adalah 214 liter sehari bagi seorang dan jumlah tersebut terlalu tinggi, bagi memastikan masalah air tidak berlaku orang ramai perlu mengurangkan penggunaan air sehingga 150 liter sehari.

"Setiap titik air yang dapat dijimatkan boleh memberi kesan terhadap jumlah air yang dapat disalurkan kepada pengguna terutama dalam situasi kini yang mana rizab bekalan semakin sedikit," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ming Koi berkata, permintaan air pada tahun lalu meningkat sebanyak 4.9 peratus iaitu daripada 4,315 JLH kepada 4,528 JLH pada tahun ini.

Juragan Malawati..

2 ulasan:

  1. Masih belum terlambat MB Khalid bangun dari mimpi dan sedar yang krisis air ni makin meruncing. Dan masih belum terlambat jika MB luluskan DO Langat 2. Tapi kalau lambat sangat, dah tak boleh buat apa dah!!!

    BalasPadam
  2. Salam,

    Masalah air di selangor tidak akan selesai selagi projek Langat 2 belum disiapkankan.

    Silakan membaca kupasan saya dari sudut kejuruteraan awam dan hidrologi dalam,"memahami sistem perbekalan air di lembah kelang dan projek langat 2 serta isu-isu berkaitan".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    BalasPadam