UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 25 Mei 2013

5 strategi pastikan PR menang PRU14?


AMK PKR menggariskan lima pendekatan sebagai gerak kerja dalam memastikan kemenangan total PR dalam PRU14.

Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin berkata, kemenangan pada hari ini perlu diisi sebaiknya sebagai bekal untuk dibawa pada PRU14.

“Kajian pasca PRU13 menunjukkan pola pengundian berbeza antara kawasan bandar dan pinggir bandar (kampung). Isunya masih sama iaitu kurangnya akses maklumat kepada masyarakat kampung.

“Program AMK Masuk Kampung perlu dipergiatkan dengan pemasaran secara gerila di kawasan kampung bagi memberi maklumat kepada masyarakat pinggir dan luar bandar,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga menegaskan, usaha itu berikutan kajian Merdeka Centre menunjukkan pengundi wanita cenderung secara majoriti untuk tidak mengundi PR berikutan kekurangan medium informasi yang sampai kepada mereka.

Agenda ketiga adalah merakyatkan informasi dengan memantapkan jentera penerangan AMK.

Menurutnya, usaha itu khusus untuk susun gerak kerja pemasaran politik di kalangan masyarakat melalui jalinan kerjasama pintar antara AMK, jentera Penerangan dan Blogger.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agenda keempat iaitu Program Perkaderan Muda serta Penggerak Sosial.

“Kerjasama strategik antara NGO dan parti politik pro-perubahan harus diperkemas dan ditambah baik.

“Program pembangunan dalaman parti akan diberi tumpuan di samping memperkemaskan gerak kerja AMK,” katanya.

Manakala yang kelima, adalah Program Cakna Parlimen, yang mana ahli AMK yang menang dalam PRU13 akan mengambil kawasan Parlimen dan Dun angkat.

Juragan Malawati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan