UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 11 Ogos 2013

Taktik Anwar salahkan polis?


Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang hanya membuat laporan polis berhubung isu surat misteri adalah lakonan untuk menipu rakyat dan memperlekehkan kredibiliti pasukan keselamatan.

Pengerusi NGO Gagasan Rakyat Didahulukan Perak (Nadi), Faizal Affendi berkata, apabila hasil siasatan forensik tidak memihak kepadanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mendakwa keputusan tersebut adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Laporan polis adalah taktik lapuk Anwar untuk tipu rakyat

"Ini kerana apabila hasil siasatan polis tidak memihak kepada Anwar, beliau akan melaungkan bahawa ia konspirasi UMNO dan BN selain memperlekehkan kewibawaan PDRM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas calon BN Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mendedahkan, beliau menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus niaga' bernilai puluhan juta antara Anwar dengan peguam veteran tersebut.

Dengan mengambil contoh isu video seks dahulu yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, beliau berkata, Anwar tidak mengheret ahli perniagaan itu ke mahkamah sebaliknya hanya membuat laporan polis.

Katanya, apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan itu adalah satu konspirasi serta memperlekehkan kredibiliti polis.

Sehubungan itu, Faizal mencabar Anwar mengambil tindakan mahkamah terhadap isu surat misteri berkenaan.

Katanya, pihaknya juga menggesa Anwar memberi kelulusan bertulis kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi maklumat kepada pihak media mengenai enam akaun Bank di Kuala Lumpur iaitu United Overseas Bank, Bank of China, Development Bank of Singapore, Standard Chartered, Citibank dan Hong Kong Shanghai Banking Corporation (HSBC).

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan