UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 9 Ogos 2013

Guan Eng 'samseng' politik - Tunku Abdul Aziz?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa cuba berlagak sebagai 'samseng' politik apabila sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'mengugut' Pendaftar Pertubuhan (ROS) demi menutup segala penyelewengan parti itu daripada terbongkar.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Guan Eng ketika ini begitu tertekan dengan desakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) oleh ROS dan akar umbi DAP sehingga terpaksa menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata umum.

Sehubungan itu, Tunku Abdul Aziz mengingatkan ROS supaya tidak tunduk dengan mana-mana kehendak serta syarat dikenakan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Guan Eng memang ingat beliau kebal daripada undang-undang. Siapa dia untuk memberi kata dua kepada ROS? Penubuhan DAP adalah di bawah bidang kuasa ROS, bukan sebaliknya. Anak beranak, Lim Kit Siang dan Guan Eng sering menganggap mereka kebal undang-undang.

"Tidak cukup dengan itu, Guan Eng sekali lagi menuding jari dan melemparkan fitnah kepada kerajaan serta media arus perdana sebagai punca kejadian salah kira undi serta dakwaan-dakwaan lain. Mengapa orang lain pula dipersalahkan untuk kesalahan dilakukan anak-beranak itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tunku Abdul Aziz mengulas kenyataan terbaharu Guan Eng cuba mencabar ROS supaya mengadakan pertemuan bersyarat sekiranya mahu parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Guan Eng dalam satu kenyataan kelmarin turut mengugut untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times berikutan berita-berita dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti itu Disember lepas.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi.

Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember lalu.

Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.

Sebelum itu, tiga minggu selepas pemilihan berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal pengiraan pengundian.

Ekoran kesilapan tersebut, wakil Melayu, Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng kemudian berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi.

Tunku Abdul Aziz meminta Guan Eng supaya berhenti berdolak-dalik sebaliknya akur kepada desakan akar umbi supaya diadakan pemilihan semula.

"Adakah mereka takut sangat dinasti Lim akan tumbang jika diadakan semula pemilihan? Jika benar-benar telus seperti slogan mereka, ikutlah kehendak akar umbi.

"Guan Eng perlu berhenti daripada memutarbelitkan isu ini seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana berlaku penyelewengan dalam pemilihan sebelum ini," ujarnya.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan