UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 23 Ogos 2013

Jangan Banyak Bercakap Tanpa Tindakan – Amiruddin Setro!


UMNO Selangor berpandangan inilah masa untuk Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengotakan janji beliau menyelesaikan masalah air, kerana pada penggal lepas, krisis air melanda di Selangor yang menjadi sumber utama pengagihan air ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi perkara serius selepas beberapa masalah bekalan air tidak mencukupi terjadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Amiruddin Sutero berkata, kalau masih tidak ada sebarang tindakan seperti 5 tahun yang lepas, sia-sia sahaja rakyat Selangor memilih beliau menjadi MB Selangor sekali lagi.

“Hingga kini, selepas masuk penggal kedua Khalid memegang jawatan besar untuk terus memerintah dan mentadbir kerajaan negeri Selangor, Khalid masih lagi tidak mengambil sebarang gerak kerja atau tindakan dalam menyelesaikan masalah air yang kerap tidak ada di beberapa kawasan yang terlibat.


Sudah 100 hari pentadbirannya penggal kedua ini, bukan sahaj tidak selesai malah masih lagi nak menganjurkan forum awam atau seminar dalam mendapatkan pandangan orang awam untuk melaksanakan manifesto pembangkang PRU13 lalu,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online.

Tambahnya, jangan bercakap sahaja, jangan beretorik dan berjanji sahaja, kerana banyak bercakap tanpa tindakan yang sewajarnya merupakan satu lagi bukti kegagalan kerajaan Selangor.

“Sampai bila rakyat nak menunggu segala manifesto atau masalah air ini diselesaikan, ditunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab oleh kerajaan negeri Selangor dan Khalid Ibrahim,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Juragan Malawati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan