UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 19 Ogos 2013

KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR DITUDUH PUKUL ISTERI DAN ANAK?


Seorang ahli politik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan anak lelakinya berusia 15 tahun pada awal tahun lalu.

Tertuduh, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal, 45, (gambar) membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.

Dia didakwa dengan sengaja memukul isterinya, Zuraida Zanul Abidin, 43, sehingga menyebabkan mangsa cedera di kedua-dua belah tangan dan seluruh badan.

Lelaki itu juga didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap Ungku Muhammad Amin Sayyid, sehingga pelajar tingkatan tiga itu cedera di tangan kanan, pipi kiri dan kaki kanan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa berlaku di rumah mereka di No. 26, Jalan BS 5/29, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pada pukul 7.30 malam, 28 April 2012.

Timbalan Pendakwa Raya, Saphira Selamat mengemukakan kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan mencadangkan Ungku Salleh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah itu dikurangkan kerana dia merupakan ahli politik sepenuh masa dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 17 September ini bagi sebutan semula.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan