UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 11 Januari 2013

Isu Kalimah: Kenyataan Khalid mengelirukan?



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akur pendirian Sultan Selangor melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah tetapi pada masa sama berpendapat kalimah itu boleh digunakan oleh penganut Kristian.

Khalid menegaskan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam harus dibenarkan selagi ia tidak menghina Islam.

"Untuk (kerajaan) negeri, kuasa mengenai agama Islam dan undang-undang di bawah ini di bawah kuasa Sultan Selangor, jadi kuasa itu akan diterima oleh kerajaan negeri, kerana ini adalah undang-undang yang telah diluluskan oleh dewan negeri," kata beliau.

"Warta kerajaan (ialah) lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dari umat Islam, tidak boleh digunakan kepada yang bukan Islam. Oleh itu wajib bagi umat Islam untuk menjaganya,” tambahnya.

Khalid bagaimanapun berkata penggunaan kalimah oleh bukan Islam tidak harus dijadikan isu jika ia bukan berbentuk penghinaan.

"Kalau orang nyanyi dan untuk tidak menghina, ia tidak menjadi isu. "Sebab itu … Pakatan Rakyat berpendapat perkataan Allah ini kalau digunakan dengan tiada unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan, ia boleh (digunakan),” kata beliau.

"Tetapi untuk negeri Selangor, ia dijaga oleh enakmen negeri supaya tidak akan berlaku unsur-unsur ini,” kata Khalid.

Semalam Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menitahkan kalimah ALLAH tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Beliau memberikan peringatan itu setelah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak Putrajaya membenarkan Bible menggunakan kalimah Allah dalam versi Bahasa Melayu.

Desakan Guan Eng itu mendapat sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam walaupun terjemahan itu tidak memenuhi maksud Al-Quran.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Agama Islam Selangor yang mengeluarkan kenyataan Sultan Sharafuddin itu berat sebelah dan tidak adil dalam melaksanakan syariah Islam di negeri ini.

Pada sidang medianya hari ini, Khalid tidak mengulas kenyataan Anwar yang menyanggah titah Sultan Selangor itu.-Antara Pos

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan