UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 10 Mei 2011

UMNO 65 tahun hari ini!

Usia UMNO genap 65 tahun hari ini. Semua sudah tahu hala tuju perjuangan parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Tarikh keramat 11 Mei 1946, hari tertubuhnya parti UMNO yang kemudian bersama-sama rakan parti komponen Perikatan dan Barisan Nasional lain dalam menuntut kemerdekaan negara. Seterusnya mengisi kemerdekaan negara ini dengan pembangunan rohani, sosio ekonomi, budaya. Ini yang harus dihayati dan terus dikenang.

Sungguhpun begitu UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini berhadapan dengan situasi kurangnya sokongan orang Melayu terutama generasi muda kepada parti ini.

UMNO harus akui, cerita-cerita kejayaan dan perjuangan parti sudah tidak 'laku' untuk menambat minat mereka. Apatah lagi hendak memindahkan perjuangan UMNO supaya sama-sama dihayati generasi muda hari ini.

Sudah acap kali dilaung-laungkan UMNO perlu berubah. Tetapi sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak difahami dan dilaksanakan oleh ahli-ahli UMNO.

UMNO perlu memacu perubahan sikap dan pemikiran ahli-ahli parti agar kembali diterima dan disokong oleh rakyat. Sebab itu, perubahan UMNO bukan sekadar pada slogan tetapi pada amalannya. Perubahan dalam UMNO jangan disorok-sorok tetapi perlu diserlahkan supaya nampak nyata.

Apalah ertinya jika segala perubahan dan tindakan menjuarai hati rakyat hanya terpampang megah pada agenda UMNO tetapi di peringkat pemimpin atasan hingga akar umbi tidak menampakkan kesungguhan perubahan yang menjadi harapan Najib sejak lebih setahun lalu.

Jika ini yang berlaku, ia bakal memberi persepsi kurang baik kepada rakyat khususnya orang Melayu yang mahukan UMNO berubah dan kembali mengutamakan rakyat. Pemimpin UMNO kena kembali mendengar dan membantu menyelesaikan keluh dan resah rakyat setempat. Penduduk kampung dan desa yang menghadapi kesusahan perlu dibantu.

Mahu tidak mahu, menjadi tanggungjawab UMNO untuk menyatukan kembali orang Melayu dan Bumiputera. Orang Melayu bukan tidak boleh mengharapkan Pas, PKR atau parti-parti kecil orang Melayu yang lain, tapi hakikatnya dalam soal memperjuangkan martabat dan survival bangsa dan agama, UMNO nampak lebih dominan dan diyakini.

Apa yang kita perhatikan, parti-parti Melayu lain lebih mementingkan kuasa politik daripada penyatuan Melayu/Bumiputera dalam erti kata sebenar sebagaimana dituntut agama Islam.

Parti-parti berkenaan lebih gemar melihat orang Melayu menjadi bangsa yang bermusuhan dan berpecah-belah. Tapi elok diperingatkan bahawa jika bangsa Melayu lemah dan berpecah, percayalah negara ini juga akan kucar-kacir.

Walau apa juga cabaran dan halangan yang dihadapi, UMNO kena pantas bertindak balas. Kita yakin UMNO mampu mengharungi cabaran mendatang sesuai dengan perubahan yang banyak diterapkan oleh Presiden UMNO sendiri dalam menarik kembali sokongan rakyat.

Dengan berpegang cogan kata Bersatu-Bersetia-Berkhidmat, kita yakin UMNO akan meneruskan perjuangannya. Usia UMNO ke-65 tahun tidak penting tetapi yang utama ialah semangat perjuangannya untuk agama, bangsa dan negara mesti berkekalan.

Salam perjuangan.

Juragan Malawati..

Isnin, 9 Mei 2011

Awas!..Wanita Melayu mangsa simbah asid?

Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal.

Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.

Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa.

Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.

Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa.

Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India.

"Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.

"Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Khairi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, sebanyak 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah ini sehingga Mac lalu.

"Dalam kejadian terakhir pada Mac lalu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua orang awam dilaporkan telah disimbah cecair itu di pekan Brickfields.

"Setakat ini, tiada mangsa dapat mengecam suspek yang menaiki sebuah motosikal kerana kejadian berlaku begitu pantas," jelasnya.

Bagaimanapun menurutnya, usaha untuk mengesan suspek yang terlibat masih diteruskan kerana bimbang suspek kembali melakukan jenayah sama selepas ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Juragan Malawati..

Lagak DAP bangsat : 100 peniaga berdemonstrasi!

Sebahagian peniaga membuat bantahan terhadap Jenice Lee mengenai operasi roboh gerai di hadapan pejabat DAP di Taman Muda, Ampang, semalam.

Kira-kira 100 peniaga Melayu dan India di Flat Kos Rendah Pandan Perdana dekat sini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan gerai mereka tahun lalu.

Demonstrasi yang diketuai Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah itu diadakan di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee di Jalan Bunga Tanjung 10, Taman Muda, Ampang hari ini.

Demonstrasi selama 30 minit itu digunakan peniaga terbabit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang menganiaya peniaga Melayu dan India di kawasan tersebut.

Menurut Mohd. Ridzuan, penindasan yang berunsur perkauman itu membuktikan bahawa kerajaan negeri bukan sahaja tidak mempedulikan kebajikan peniaga kecil Melayu dan India di negeri itu, malah dilihat mahu menutup terus pintu rezeki peniaga terbabit.

"Kerajaan Selangor sebenarnya cuma mahu kroni mereka sahaja yang berniaga. Saya kesal dengan tindakan kejam mereka dan mahu peniaga di tempat lain turut bersedia menghadapi kerakusan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Selangor membayar ganti rugi dan menyediakan tapak baru yang sesuai dan berpatutan untuk peniaga-peniaga tersebut.

Seorang peniaga, Ali Hashim, 67, berkata, sejak pembangkang mentadbir negeri itu tiga tahun lalu, peniaga Melayu dan India yang ditemuinya rata-rata khuatir dengan pendekatan kerajaan negeri itu yang gemar menindas peniaga daripada kaum tersebut.

"Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tiada langsung berlaku penindasan sebegini namun setelah DAP memegang kuasa, kami dilayan seperti pendatang haram yang gemar mereka tindas dan peralatkan," katanya.

Katanya yang sudah 15 tahun berniaga di kawasan itu, lokasi baru yang disediakan untuk mereka berniaga juga tidak sesuai kerana selain lokasinya terletak berhampiran loji najis yang berbau busuk, paling mengecewakan mereka juga dikenakan sewa tapak RM450 sebulan.

Sementara itu, G. Moorthy, 28, pula mendakwa pernah diugut Jenice supaya menarik semula laporan polis yang dibuatnya pada 12 Mac lalu jika mahu sebuah tapak gerai yang baru untuk perniagaannya.

"Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP itu (Jenice). Dia sememangnya tidak adil dalam pentadbirannya dan hanya menjadikan peniaga Melayu dan India sebagai mangsanya," katanya.

Juragan Malawati..

Khamis, 5 Mei 2011

Kompleks PKNS Shah Alam Telah Dijual!

Satu masa dahulu, jika kita sebut sahaja Shah Alam kepada kepada orang-orang luar dari kawasan itu dua perkara yang akan muncul dalam fikiran mereka atau atau terpacul keluar dari mulut mereka.

1) Kompleks PKNS Shah Alam.

2)Bulatan-bulatan yang banyak di sekitar ibu negeri Selangor itu.

Apabila sebut sahaja Kompleks PKNS, maka kita semua akan terbayang-bayang kemeriahan urusan jual beli di dalamya. Apatah lagi di bulan Ramadhan atau di musim baru persekolahan. Berebut-rebut peniaga hendak berniaga di sana dan berduyun-duyun pengunjung yang berkunjung ke sana.

Ianya menjadi tumpuan orang ramai kerana kebanyakan harga-harga yang dijual oleh peniaga-peniaga di sana masih lagi murah berbanding dengan kompleks-kompleks membeli belah yang lain.

Salah satu sebab barangan dapat dijual dengan murah adalah kerana kadar sewa premis perniagaan oleh para peniaga daripada PKNS juga murah. Walaupun kadar sewa yang murah, ianya tetap tidak merugikan PKNS.

PKNS masih lagi dapat menampung segala kos operasi serta kos-kos lain dan mampu mencatatkan keuntungan bersih sekitar 4 % setahun. Itulah salah satu peranan kerajaan membantu rakyat melalui anak syarikat kerajaan. Kerajaan tak rugi, peniaga untung dan rakyat gembira.

Itu cerita lama atau pun lebih tepat lagi, itu di zaman pemerintahan BN. Kini setelah tiga tahun diperintah PKR semua itu bakal berubah tidak lama lagi.

Tidak lama lagi kadar sewa premis-premis perniagaan akan dinaikkan. Difahamkan kadar sewanya akan naik hampir sekali ganda. Apabila kadar sewa dinaikkan, peniaga tiada pilihan lain melainkan menaik harga barangan yang dijual. Siapa yang akan menanggung beban ? Sudah tentulah kita semua yang menanggung bebannya.

Hendak disalahkan kepada peniaga tidak boleh kerana mereka terpaksa menaikkan harga. Jika mereka kekal menjual dengan harga lama sudah tentu mereka akan menanggung kerugian. Puncanya kepada segala masalah adalah PKNS dan Kerajaan Selangor.

Sudah tentu anda semua tertanya-tanya kenapa harga sewa dinaikkan ?

Pada bulan September 2010 PKNS telah menjual Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall Shah Alam dan Menara PKNS Petaling Jaya kepada Amanah Raya. Selepas dijual , Amanah Raya masih lagi mengekalkan PKNS untuk menguruskan bangunan tersebut, termasuk untuk mengutip sewa dari peniaga-peniaga.

Untuk meyakinkan Amanah Raya supaya membeli Kompleks PKNS , pihak PKNS telah berjanji kepada Amanah Raya keuntungan bersih yang boleh dicatatkan adalah sebanyak 7.5 % setahun. Kadar ini sama seperti keuntungan yang dicatatkan oleh pusat-pusat membeli-belah yang besar-besar. Sedangkan kadar yang dicatatkan oleh PKNS semasa bangunan itu menjadi milik mereka adalah 4 % setahun, kerana mereka menyewakan premis dengan harga rendah.

Untuk mencapai sasaran keuntungan bersih 7.5 % setahun darimana datangnya hasil ? Sudah tentulah dengan menaikkan kadar sewa.Ini kerana hasil utama sesebuah kompleks adalah dari sewa premis.

Daripada 4 % kepada 7.5 % , ianya hampir 100 %. Ini bermakna kadar sewa akan dinaikkan kepada hampir 100 %.

Contoh, Si A menyewakan rumahnya kepada salah seorang sahabatnya yang dikenali sebagai si B dengan kadar RM 800 sebulan. Kalau nak diikutkan Si A boleh sewakan melebihi kadar itu, tetapi apabila mengenangkan si B adalah sahabat lamanya maka dia sewakan dengan harga RM 800 sahaja dan hasil daripada sewa yang diterimanya , si A membayar pinjaman bank sebanyak RM 600 sebulan dan si A masih mendapat untung sebanyak RM 200 .

Kemudian si A memerlukan wang tunai dan dia hendak menjual rumahnya ke si D. Untuk meyakinkan si D agar membelinya, si A berkata kepada si D rumahnya telah ada penyewa dan si D bakal mendapat keuntungan RM 400 sebulan setelah ditolak pinjaman bank sebanyak RM 600.

Untuk membolehkan si D mendapat keuntungan RM 400 sebulan sepertimana yang dinyatakan oleh si A, tiada pilihan lain melainkan dengan menaikkan kadar sewa terhadap si B sebagai penyewa.

Itulah yang bakal berlaku kepada kepada peniaga-peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam tidak lama lagi.

Sejak mengambil alih negara dan negeri dari penjajah, pelbagai usaha dan pembangunan yang dilakukan oleh BN membangunkan negara dan negeri dan seterusnya menolong rakyat jelata. Bukan setahun, bukan dua tahun BN berusaha, tetapi puluhan tahun. Masuk PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor tiga tahun semua yang ada hendak dijualnya. Jangan kata mereka nak tambah, tapi yang ada pula mereka kurangkan.

Itu di Selangor yang baru tiga tahun, di Kelantan yang sudah 20 tahun , semua bukit-bukit sudah gondol kerana balak semua telah ditebang. Itu belum lagi dikira tentang penjualan bangunan-bangunan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Antaranya Hotel Perdana dan Pasar Lama MPKB. Bolehkah parti seperti itu diharapkan untuk memerintah negara ?

Dua belas tahun dulu, bekas Presiden Pas, Fadzil Noor pernah berkata, jika mereka memerintah Malaysia mereka akan jual Putrajaya. Nampaknya apa yang diungkapkan oleh arwah telah menjadi kenyataan sekarang di negeri-negeri yang mereka perintah. Apa yang ada semuanya hendak dijual. Jika ditakdirkan mereka diberi peluang memerintah negara, kemungkinan kita semua juga akan dijual oleh mereka.

Sedarlah wahai rakyat Selangor. Sedarlah bahawasanya pemimpin yang memerintah negeri Selangor sekarang ini adalah penyangak besar. Mereka akan kaut dan mereka akan sapu semua yang ada. Apabila telah habis mereka akan berlalu pergi dan tinggalkan negeri ini dalam keadaan yang telah rosak. Yang akan menanggung bahananya kelak adalah rakyat jelata. Tidak perlulah anda semua hendak percaya dengan kata-kata dan mulut manis si penyangak yang berlagak baik.

Sumber : Selangordaily

Juragan Malawati..

PEMBOHONGAN oleh MB Khalid TERBONGKAR!

MB ternyata cuba menipu rakyat apabila menafikan dakwaan Noh mengenai penyelewengan Yayasan Selangor, namun Laporan Audit mengesahkan dakwaan itu.

Dakwaan Datuk Seri Noh Omar mengenai kos sebenar Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor melebih RM800,000 ternyata fakta sahih yang tidak boleh disanggah lagi.

Ternyata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berjaya mendedahkan hakikat sebenar bahawa pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang penuh dengan pembohongan’ dan tipu muslihat bagi melindungi penyelewengan di bawah pentadbirannya.

Ini kerana Abdul Khalid pernah mencabar Noh mendedahkan secara terperinci kos lebih RM800,000 yang didakwanya merupakan perbelanjaan sebenar majlis tersebut, bukan RM300,000 seperti didedahkan media sebelum ini.

Abdul Khalid mengakui berlaku kepincangan dalam pengurusan Yayasan Selangor termasuk perbelanjaan tidak berhemah menyebabkan kos penganjuran mencecah sehingga RM1 juta.

Juragan Malawati..

Selasa, 3 Mei 2011

Pas semakin tak percaya Anwar?

Pucuk pimpinan Pas Kelantan kecuali Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dipercayai semakin yakin bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan trio ‘Datuk T’ adalah Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendakwa, pendirian Pas negeri itu disuarakan sendiri oleh beberapa pemimpin kanan Pas Kelantan kepadanya.

Dakwa Wan Khairul lagi, hakikat tersebut juga dapat dilihat apabila Anwar sendiri tidak mendapat sambutan hangat daripada pemimpin Pas Kelantan semasa beliau mengunjungi Nik Abdul Aziz di Kota Bharu, beberapa hari lalu.

Pada masa sama, katanya, Anwar juga sewaktu berkunjung ke Kelantan hanya berceramah di kawasan yang majoritinya penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukannya di kubu kuat Pas seperti kebiasaan.

“Saya boleh katakan di sini bahawa semakin ramai pemimpin Pas Kelantan meragui penafian Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam video seks. Rata-rata mereka percaya Anwar terbabit dalam video itu sebagaimana didakwa.

“Namun atas pertimbangan politik mereka ini terpaksa mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga keputusan mengenai siapa pelaku dalam video seks didedahkan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Khairul berkata, cabaran exco Kelantan, Datuk Husam Musa supaya Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjalani poligraf juga sebenarnya bersifat serampang dua mata yang bertujuan memerangkap Anwar.

Katanya, ini kerana sebagai ahli politik berpengalaman, Husam sebenarnya sudah dapat membaca bahawa Shazryl Eskay tidak takut untuk menjalani ujian tersebut, memandangkan sumpah laknat pun ahli perniagaan itu berani laksanakan.

Dalam pada itu, Wan Khairul mencabar Anwar supaya membawa kes rakaman video seks tersebut ke mahkamah syariah dengan segera jika benar beliau yakin dirinya tidak bersalah dan sengaja difitnah oleh Shazryl Eskay.

“Anwar tidak perlu menyalahkan orang lain. Bukti yang ada sekarang sebenarnya semakin tidak berpihak kepada dia. Jika dia yakin tuduhan ini satu fitnah segera failkan kes ini ke mahkamah syariah memandangkan untuk bersumpah pun dia takut,’’ tegasnya.-UM.

Juragan Malawati..

Isnin, 2 Mei 2011

MB Selangor dah mula tolak Anwar dan tegur Angkatan Muda Keadilan!

Pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima tamparan apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor turut mengkritik tindak-tanduk mereka mencetuskan kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan masjid adalah tempat ibadat umat Islam dan sebarang aktiviti di dalam kawasan itu perlu dilakukan secara tertib.

"Saya tidak tahu dengan jelas mengenai kekecohan itu, tetapi kalau mereka (AMK) hendak berbincang, haruslah dengan cara yang terbaik.

"Salah satu perkara yang digalakkan bagi setiap umat Islam adalah mengimarahkan masjid dan penggunaan masjid itu harus tertib serta baik untuk tujuan bersolat, perkahwinan atau digunakan untuk mengadakan majlis angkat sumpah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Konvoi 2011 anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.

Jumaat lalu, suasana di dewan solat masjid berkenaan yang menjadi lokasi ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi anggota AMK dan penyokong parti pembangkang.

Kekecohan itu berlaku selepas solat Jumaat apabila penyokong pembangkang termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd. Akin cuba mengagalkan majlis lafaz sumpah laknat oleh Shazryl Eskay yang mewakili trio Datuk T bagi merungkai isu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Ekoran kekecohan itu, beberapa anggota polis terpaksa menenangkan keadaan.-UM.

Juragan Malawati..