UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 8 Mac 2011

Nik Aziz kena terima ketentuan Allah!


Tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bahawa UMNO menggunakan jentera kerajaan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau diibaratkan sebagai ‘tepuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pemimpin Pas itu perlu cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

Ini kerana kata beliau, Nik Abdul Aziz turut menggunakan jentera kerajaan negeri ketika Pas Kelantan menghadapi pilihan raya kecil.

Tegas beliau, Nik Abdul Aziz sepatutnya belajar menerima kekalahan kerana ia adalah adat pertandingan, bukannya mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar seperti itu.

“Tanya dia, dia guna kereta rasmi tak, dia guna penerangan negeri tak, dia guna Exco-Exco dia tak masa pilihan raya kecil (DUN Manek Urai dan DUN Galas).

“Dia kena tanya diri sendiri dulu sebelum mengata orang. Kerajaan mempertahankan diri. Kita kenalah guna apa sahaja yang kita ada sama seperti dia, cuma kalau salah dan melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada untuk bertindak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UM.

Juragan Malawati..

Isnin, 7 Mac 2011

MasyaAllah..Nik Abdul Aziz tidak dapat terima kekalahan PAS!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) ternyata tidak dapat menerima kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau apabila memberikan pelbagai alasan, termasuk mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan jentera kerajaan.

Beliau mendakwa, kekalahan itu disebabkan Pas berdepan dengan Kerajaan Pusat, bukannya UMNO atau BN yang didakwanya telah mencabul sistem demokrasi di negara ini bagi 'mencipta' kemenangan.

Menteri Besar Kelantan itu turut menegaskan, Pas bukan liabiliti kepada sekutunya dalam pembangkang yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, biarpun tewas lima daripada lapan pilihan raya kecil yang disertainya selepas Pilihan Raya Umum 2008.

"Kita sebut pilihan raya tetapi sebenarnya di Malaysia tidak ada pilihan raya. Pas sebagai sebuah parti sepatutnya lawan UMNO, tetapi yang berlawan sekarang parti dan kerajaan, televisyen, radio dan projek semua berpihak kepada sebelah pihak. Ini bukan adil, ini berdosa dunia dan akhirat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimana pula jika PAS menang! Apa kata Pok Nik ya? Mungkin apabila mereka menang, mereka PASti berbangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada UMNO, kerajaan mahupun SPR. Itulah sikap PAS yang sebenarnya! Sampai bila Pok Nik nak berubah. Tok Guru tak dapat terima qada dan qadar ke! Wallahuallam.

Juragan Malawati..

3 pakar psikiatri temu bual keluarga Beng Hock!


Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mengarahkan tiga pakar psikiatri menemu bual anggota keluarga Beng Hock untuk menentukan keadaan mental setiausaha politik kepada exco Selangor itu sebelum dia meninggal dunia.

Ketiga-tiga pakar psikiatri itu iaitu perunding forensik psikiatri Hospital Permai Johor Dr. Bada”iah Yahya, pakar perunding psikiatri Kementerian Kesihatan Dr. Nor Hayati Ali dan pengarah Hospital Permai Johor Dr Benjamin Chan, diperlukan untuk membantu suruhanjaya bagi mengenal pasti sifat dan sikap Beng Hock.

Selain anggota keluarga, Pengerusi suruhanjaya itu Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen turut mengarahkan pakar psikiatri itu menemu bual tunang Beng Hock, Soh Cher Wei dan rakan media kerana Beng Hock sebelum ini bekerja sebagai setiausaha akhbar dan pernah bekerjasama dengan media.

Juragan Malawati..

Ahad, 6 Mac 2011

PRK DUN Merlimau dan Kerdau : BN menang besar!


Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Ai (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa syukur atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengundi-pengundi di DUN Kerdau dan Merlimau kerana menterjemahkan sokongan anda semua dengan menyokong dan mengundi BN ( Barisan Nasional ).

Tahniah BN...Syabas diucapkan kepada semua jentera pilihanraya dan peraih undi serta kesemua yang terlibat secara langsung ataupun tidak yang bekerja keras demi membantu kejayaan mengekalkan kerusi yang ditandingi.

Tidak lupa juga kepada blogger-blogger yang bergerak dibarisan hadapan...tahniah dan terima kasih diatas usaha keras anda semua.

1 Malaysia. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Syukur alhamdulillah.

Juragan Malawati..

Sabtu, 5 Mac 2011

Selamat mengundi buat rakyat di DUN Merlimau dan DUN Kerdau!


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengundi-pengundi di DUN Merlimau dan juga DUN Kerdau yang bakal keluar mengundi hari ini. Harap semua dapat keluar mengundi disebelah pagi kerana diramalkan hujan lebat disebelah petang dikedua-dua DUN! Terjemahkan sokongan anda dengan mengundi Barisan Nasional (BN) hari ini. Terima kasih. InsyaAllah.

Juragan Malawati..

Rancangan jahat PAS terbongkar! - PAS seru ahli serang UMNO!

Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.

Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana ...taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata.

"Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com/, baru-baru ini.

Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.

Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

"Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.

"Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

Juragan Malawati..

Rabu, 2 Mac 2011

Pas marah yang 'bukan-bukan'!

Jika sesiapa ke Merlimau ketika ini, pastinya mereka akan berasa kagum. Ini kerana di markas-markas BN dan Pas di tepi- tepi jalan dan lebuh raya, bendera dan sepanduk parti masing-masing berkibar megah dengan kelibat petugas dari kedua-dua parti dilihat bercampur gaul.

Di warung-warung, mereka menghirup teh dan kopi bersama-sama. Soal ideologi politik diketepikan sementara. Di lot-lot kedai di pekan Merlimau, demikian juga. Tidak ada peniaga mengambil peluang menaikkan harga. Kedai dobi pun ada yang ditutup. Kehidupan harian berjalan biasa, meskipun kempen pilihan raya kecil (PRK) memasuki hari keempat semalam.

Begitupun dalam politik, lawan tetap lawan. Biarpun aura persaingan di Merlimau dikatakan lesu dan 'direntap' oleh PRK Kerdau, dakwa sebahagian penduduk 'Melemau', Pas yang menjadi pesaing BN mula menampakkan 'taring sebenar'. Meskipun pada peringkat awal, agak 'panas punggung' dibuatnya dalam mencongak isu, Pas dikatakan telah merancang strategi yang 'bukan-bukan' untuk menidakkan keupayaan BN.

Bermula dengan mengaitkan isu 'dinasti' membabitkan keluarga calon BN, Roslan Ahmad, Pas beralih pula kepada 'skuad kameranya', konon untuk mengintip 'perlakuan rasuah' jentera kempen BN. Tidak seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mendedahkan strateginya untuk memerangkap pelaku rasuah, tindakan Pas pula sebaliknya.

Demikian juga dengan tuduhan kononnya jentera BN 'mengedarkan' risalah berserta 'gambar lucah' beberapa pemimpin pakatan itu di sekitar Merlimau. Namun semua dakwaan itu dibalas oleh kepimpinan BN sebagai taktik mahu 'menterbalikkan pemikiran' pengundi atau reverse pyschology.

Semalam, Pas 'kembali' lagi mengaitkan kononnya ganjaran Anugerah Tawaran Baru RM7,500 seorang kepada 586 guru besar dan 12,141 guru (RM1,800 seorang) sebagai cubaan meniru buku jingga. Malah 'lebih menarik lagi', Pas menjanjikan pula jika pihak pembangkang berkuasa, hampir 500,000 guru akan menikmati ganjaran yang serupa.

Dan paling ketara yang begitu digeramkan oleh parti itu ialah peneroka Felda. Golongan peneroka itu dilabelkan sebagai 'stok penimbal' UMNO. Orang Melayu di pedalaman dan kampung-kampung pula dituduhnya sebagai 'deposit tetap' UMNO.

Marah benar Pas dengan peneroka Felda. Mengapa? Rakyat tahu dan sedar peneroka Felda begitu dekat dengan UMNO. Ini dibuktikan di Galas, Tenang dan Hulu Selangor yang menyaksikan sokongan peneroka Felda membantu kemenangan calon BN.

Marah betul Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kepada peneroka Felda yang diungkapkan di Merlimau kelmarin, barangkali lebih cenderung kepada golongan itu di Kerdau. Ini kerana daripada keseluruhan 8,999 pengundi di Kerdau, 7,988 orang adalah kaum Melayu (88.77 peratus) dengan sejumlah 3,011 merupakan peneroka di Jengka 22, 23 dan 25.

Realitinya dari peringkat bawah hingga visi masa depan, peneroka dan keluarga Felda tidak pernah diketepikan kerajaan. Malah di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Felda yang sebelum ini berasaskan getah dan kelapa sawit kini menuju ke era masa depan dengan menumpukan kepada tiga perkara baru, iaitu Felda bermatlamat memainkan fungsi sebagai gedung makanan negara dengan menjadi pengeluar lembu daging, ikan air tawar serta sayur-sayuran dan buah-buahan negara.

Selain itu, Felda kini merupakan pengeluar utama gula negara dengan menguasai 70 peratus kepentingan dalam Malayan Sugar Manufacturing Co. yang dimiliki jutawan Tan Sri Robert Kuok. Selama setengah abad Felda memainkan peranan penting untuk masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial dan di bawah pentadbiran Najib, Felda meneroka bidang bioteknologi tinggi. Felda memiliki pusat bioteknologi terbesar di Nilai dengan mengeluarkan klon-klon kelapa sawit baru yang bagus.

Felda turut mengeluarkan elektrik daripada biomas iaitu bahan-bahan buangan sawit. Penjanaan elektrik turut dijalankan di Felda Sahabat, Lahad Datu (6 megawatt) yang akan dilaksanakan juga di Jengka 9 (12 megawatt). Malah tidak lama lagi, akan dinaiktaraf penjanaan elektrik di Felda Sahabat kepada 35 megawatt. Namun usaha Felda untuk pembangunan peneroka masih menghadapi halangan yang bukan sedikit daripada pihak tertentu. Malah, pembangkang yang mendalangi ini semua memomokkan Felda kononnya akan bankrap.

Namun tanggapan itu salah. Felda yang kini mempunyai nilai aset bersih berjumlah RM12.2 bilion mampu membayar cukai serta zakat melebihi RM1 bilion dan tidak begitu mudah akan diisytiharkan bankrap. Demikian juga Felda merupakan satu-satunya organisasi di negara ini menjamin pendapatan minimum sebanyak RM1,000 kepada peneroka di bawahnya dan tiada agensi lain yang berbuat demikian untuk kumpulan individu di bawah mereka.

Realitinya, marah Pas kepada peneroka Felda dan cubaan memutarkan 'pita rakaman' isu yang bukan-bukan khususnya di Merlimau mungkin bersebab. Ini kerana jika ada pun negeri yang begitu 'kalis' kelibat Pas dalam sesebuah Dewan Undangan Negeri, ia tidak lain tidak bukan adalah Melaka Bandaraya Bersejarah.

Sejak negara merdeka pada 1957 lagi, Pas gagal meraih sebarang kerusi di negeri Hang Tuah itu sekalipun jenuh meletakkan calon pada siri Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRK. Parti itu tidak pernah menang sehinggalah pada Rabu lepas apabila Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merayu pengundi agar menerima calon parti itu untuk 'menemani' lima ADUN dari DAP dalam dewan negeri itu.

Mengapa Pas ditolak oleh anak Melaka? Di negeri itu hakikatnya tidak ada isu pembangunan yang boleh dipolemikkan. Tanyalah sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Tidak ada kemiskinan tegar, sampaikan timbul tanggapan ideologi perjuangan yang dilaung-laungkan pihak pembangkang begitu 'lemau'.

Nak disentuh isu Islam di sini, takut-takut Pas akhirnya malu sendiri. Isu negara berkebajikan, Melaka sudah jauh ke depan membela golongan asnaf fakir dan miskin. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) baru-baru ini memperuntukkan RM1.225 juta daripada keseluruhan pungutan zakat tahun lepas untuk kedua-dua golongan itu di seluruh negeri.

Daripada jumlah itu, seramai 8,861 orang layak menerimanya termasuklah 294 orang warga miskin dan saudara baru dari kawasan DUN Merlimau. Hendak dikatakan dalam agenda membela rakyat kurang berkemampuan, Melaka realitinya jauh meninggalkan Kelantan.

Malah, penduduk Merlimau turut menerima tempias Program Nur Kasih - program khidmat masyarakat di bawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sejumlah 20 keluarga di DUN Merlimau turut menerima peruntukan RM5,000 bagi pembiayaan membaiki rumah rosak dan daif.

Banjir! musibah dari hukum alam? Umum maklum bencana itu melanda beberapa negeri termasuk Melaka tempoh hari. Melaka mencatatkan bilangan mangsa sebanyak 9,089 orang melibatkan 2,235 keluarga. Apa yang dilaksanakan Ketua Menteri ialah melaksanakan program mengurangkan risiko bencana itu. Antaranya projek tebatan banjir dan pembinaan kolam takungan serta penerapan teknologi hijau. Bukankah itu cara yang dituntut Islam?

Mengimarahkan masjid? Melaka telah pun melakukannya. Malahan Masjid Al-Azim di Ayer Keroh sendiri akan direntasi landasan trem bernilai RM272 juta. Landasan trem sejauh 40 kilometer itu bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh melalui 23 lokasi termasuk tempat-tempat bersejarah sehingga ke Dataran Pahlawan dan Bandar Hilir.

Caj bayaran kemudahan trem tersebut juga mesra rakyat. Ia antara terendah di dunia iaitu RM2 untuk sekali perjalanan manakala RM5 bagi perjalanan sehari. Semua dan segalanya disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk kepentingan kebajikan rakyatnya. Justeru, Pas tiada isu langsung untuk dijaja dalam kempen PRK Merlimau ini.-UM.

Juragan Malawati