UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR
Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Ahad, 16 September 2012
Nik Aziz wajar berundur?
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat harus berundur dari kedudukannya selaku pemimpin tertinggi parti itu jika beliau gagal bertindak secara mursyid sehingga terikut-terikut dengan rentak dan percaturan politik golongan 'Anwarinas'.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sejak kebelakangan ini Nik Abdul Aziz dilihat lebih mementingkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding suara akar umbi Pas.
Katanya, paling terbaru sikap Nik Abdul Aziz terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang terpaksa dihadapkan ke Majlis Syura Ulama semata-mata kerana mengkritik Pengerusi DAP, Karpal Singh, demi mempertahankan maruah parti dan Islam.
"Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin Pas yang dikenali sebagai golongan Anwarinas tidak dipanggil mengadap meskipun turut sama membuat kenyataan. Pada hal, kenyataan mereka bertentangan dengan dasar dan perjuangan Pas tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan.
"Di mana peranan Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am? Beliau sepatutnya menjalankan tanggungjawab secara mursyid, kalau Nasharudin dipanggil, golongan Anwarinas juga harus dipanggil mengadap," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Baru-baru ini, ketika Nik Abdul Aziz memilih untuk membuat kenyataan berbaur kecaman ke atas Nasharudin berhubung isu tersebut, timbalannya, Datuk Dr. Haron Din mengambil jalan berbeza apabila konsisten mempertahan tindakan bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Dalam perkembangan yang sama, Ismail Mina percaya hayat politik Nasharudin tidak akan kekal lama walaupun terlepas daripada sebarang hukuman kerana golongan Anwarinas akan berusaha sedaya-upaya untuk menendang Ahli Parlimen Bachok itu keluar daripada Pas.
"Beliau bakal berdepan serangan politik yang tidak terduga selepas ini kerana golongan Anwarinas ini sudah menguasai hampir keseluruhan organ penting dalam parti Pas sehingga menyebabkan pemimpin yang tegas memperjuang Islam seperti Nasharudin tiada tempat," katanya.
Warna-warni politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan