UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 1 September 2012

Kerajaan janji kestabilan, kemakmuran negara - Najib!


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin dan Dr. Rais Yatim menyertai perhimpunan meriah bersama ribuan rakyat pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan akan terus memastikan negara ini kekal stabil, makmur dan sejahtera selaras dengan slogan Janji Ditepati.

Menurut Perdana Menteri, penegasan serta komitmen itu adalah demi masa depan generasi muda yang akan mengemudi negara satu hari nanti.

Bila kita kata janji ditepati, kita janji apa? Kita janji kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan. Selama 55 tahun kita telah dapat memperlihatkan negara yang stabil, semakin makmur dan rakyat sejahtera.

Itu janji ditepati. Dan kita lakukan ini untuk generasi baru, untuk anak-anak kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di pentas khas di tengah Dataran Merdeka sejurus berakhir atur cara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di sini pagi ini.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman sebelum itu dilihat turun dari pentas utama untuk ke pentas berkenaan bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada setiap peserta perbarisan.

Bertemakan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, sambutan kali ini dimeriahkan dengan penyertaan lebih 14,000 peserta yang didominasi golongan belia dalam persembahan yang merangkumi empat segmen iaitu segmen Rukun Negara; Pemimpin Masa Hadapan; Janji Ditepati dan Gegar Merdeka.

Sambutan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama menteri-menteri Kabinet dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Najib berkata, bagi membolehkan generasi muda meneruskan kemakmuran yang dikecapi hari ini, kerajaan akan menyediakan sebuah negara yang stabil untuk diwarisi.

Kami (kerajaan) berada di sini untuk anda (generasi muda). Kami melakukan ini semua untuk anda. Inilah maknanya sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55," katanya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55

' JANJI DI TEPATI '

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan