UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 18 September 2012

Langat 2 : Kerajaan PKR Selangor pentingkan politik?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan cuba menganiaya rakyat dengan meletakkan mereka dalam krisis hanya semata-mata mahu memuaskan nafsu politik untuk menduduki Putrajaya.

Merujuk kepada isu kelulusan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, keengganan kerajaan negeri memberikan 'lampu hijau' untuk projek itu membuktikan pentadbiran Selangor tidak memikirkan soal kepentingan masa depan rakyat keseluruhannya.

Kata beliau, kerajaan negeri sewajarnya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat agar pelaksanaan projek itu dapat dipermudahkan kerana Langat 2 adalah alternatif menangani krisis bekalan air bersih yang dijangka dihadapi jutaan rakyat Selangor dan Lembah Klang pada masa depan.

"Apakah kerajaan negeri mahu menunjukkan mereka mempunyai kuasa menentukan apa jua perkara membabitkan hal ehwal Selangor? Kerajaan negeri jangan lupa kuasa mereka hari ini bukan datang dengan sendirinya, tetapi datang daripada rakyat.

"Demi kepentingan rakyat, Langat 2 harus diteruskan dan kerajaan negeri janganlah mempolitikkan projek Langat 2 hanya kerana mahu ke Putrajaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan pakar pengurusan air, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad menerusi laporan akhbar semalam yang memberi amaran Selangor pasti menghadapi krisis air serius sekiranya kerajaan negeri terus berdegil menghalang pembinaan Langat 2.

Menurut Ahmad Zaharuddin, Langat 2 merupakan projek yang dapat menjamin penyediaan bekalan air bersih memandangkan semua loji rawatan air sedia di negeri itu ketika ini beroperasi melebihi kemampuan pengeluaran masing-masing.

Abu Bakar turut mengingatkan kerajaan PKR Selangor bermuhasabah supaya tidak terlalu taksub kepada kepentingan politik dalam urusan membabitkan kepentingan rakyat.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan