UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 18 Januari 2010

Khalid Ibrahim Ugut Rampas Tanah Milik YBK Selangor!

MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi amaran untuk merampas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di Serendah, Rawang.

Ini jika YBK bertegas tidak membenarkan kerajaan negeri campur tangan dalam pentadbiran yayasan itu dan melantiknya sebagai pengerusi. Apakah kewajaran Khalid membuat tuntutan ini selain bermotif politik yang bertujuan menganggu serta campur tangan dalam operasi YBK? Kenapa perlu beliau menuntut jawatan pengerusi kerana bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mengasaskan YBK, tidak pernah pun memegang jawatan tersebut.

Khalid tidak harus berpendirian memusuhi YBK kerana sikap tersebut menyebabkan YBK tidak dapat meneruskan projek yang dirancang iaitu pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah. UiTM adalah untuk kaum bumiputera dan kampus yang dicadangkan itu bakal menempatkan 5,000 pelajar. Jika kerajaan Selangor mementingkan rakyat dan mementingkan pendidikan bumiputera, ia tidak seharusnya cuba menghalang projek berkenaan. Sebaliknya, berilah sokongan padu.

Projek untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat, terutama yang melibatkan aspek pendidikan untuk bumiputera, tidak seharusnya dipolitikkan kerana akibatnya kaum bumiputera yang akan rugi pada jangka masa panjang.

Sebelum itu :

BAGI orang awam, tidak sukar untuk menghidu aroma tidak sedap dalam isu tuntutan kerajaan negeri terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor yang sedang merancang untuk membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Selangor.
Walaupun baru menghampiri usia dua tahun pakatan pembangkang memerintah, sudah berkali-kali konflik timbul, tanpa perlu dicari-cari. Ironi, ia sekali gus menjadi paradoks yang lazim di negeri kaya ini.

Kejayaan memang diakui ada tetapi ia memerlukan ketekunan bersungguh-sungguh untuk mencarinya. Konflik dan kontroversi yang berbau politik begitu mendominasi seolah- olah ini gaya pentadbiran Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Isu terbaru tuntutan kerajaan negeri agar Menteri Besar dilantik Pengerusi YBK sebagai syarat memberi kelulusan projek kampus UiTM di atas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta, milik yayasan itu sekali lagi mencetuskan konflik dan kontroversi.

Tuntutan ini dilihat sarat dengan kepentingan politik. Menteri Besar pula seperti menggalakkan saling tuduh menuduh dan sangkal menyangkal antara kerajaan negeri dan YBK yang sepatutnya tidak timbul. YBK seharusnya dijadikan sahabat atas tanggungjawab dan amanahnya untuk membasmi kemiskinan.

YBK yang ditubuhkan pada 1990 adalah tertakluk di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. Di bawah akta ini, kerajaan negeri termasuk Menteri Besar tidak ada keutamaan untuk meminta YBK melaporkan kedudukan kewangan atau program yang dijalankan. Mengapa tiba-tiba timbul tuduhan YBK tidak telus dalam menguruskan program kemiskinan dan kebajikan untuk rakyat Selangor? Jika dilihat tidak telus, tidak adakah pendekatan lain selain tuntutan 'mengambil alih' operasi yayasan itu?

Sebenarnya, bukanlah fakta baru apabila umum melihat kerajaan negeri Selangor sering mempermainkan kepentingan rakyat. Juga, tidak menghairankan apabila kerajaan campuran ini dilihat selalu mengkhianati aspirasi ramai. Lantas, tindakan meletakkan syarat campur tangan politik kepada YBK ini perlu dipantau dan diawasi secara cermat.

Jika timbul kecurigaan, memang pun ia wajar. Hasrat kerajaan negeri ini layak untuk dicurigai. Mereka kerap dilihat memperdagangkan kepentingan awam untuk tujuan politik parti, bukan rakyat diutamakan. 'Ugutan' Abdul Khalid untuk merampas tanah berkenaan jika yayasan itu enggan bersetuju dengan syarat yang ditetapkan, hanya merugikan rakyat negeri Selangor sahaja.

Rakyat dan lebih parah kemiskinan, terus dijadikan dagangan demi survival politik.
Walhal, YBK seperti dinyatakan oleh Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom, projek melalui Permodalan YBK Sdn. Bhd. itu yang bakal menempatkan 5,000 pelajar kampus UiTM, dijangka menghasilkan pulangan melebihi RM1 bilion.

Boleh dibayangkan jika projek itu berjalan lancar dan impak besarnya kepada usaha membasmi kemiskinan khususnya di Selangor. Limpahan projek pembangunan bernilai RM300 juta ini akan dirasai oleh banyak pihak termasuk kontraktor dan penduduk setempat. Juga tidak kurang pentingnya. Ia bakal memartabatkan lagi institusi keilmuan negara.

Dengan alasan yang nampak dibuat-buat, projek yang telah memenuhi kelulusan teknikal ini terpaksa ditangguhkan. Memang ternampak dibuat-buat kerana syarat yang diletakkan tiada kaitan dengan kelulusan projek itu. Ini tentu sekali boleh membawa maksud menafikan hak rakyat untuk menikmati kemakmuran ekonomi. Jika ketelusan diperlukan, banyak badan lain yang lebih kompeten mampu mengawasinya.

JM...

3 ulasan:

  1. as.kum,
    Pertamanya, tahniah Umno K. Selangor baru bergerak dgn Media Baru. Teruskan Usaha Kebangkitan Umno K. Selangor.

    BalasPadam
  2. Salam..

    YBK perlu dipertahankan!!

    Apa yg MB nak buat kalau ambik tanah YBK?

    BalasPadam
  3. Salam untuk UMNO Bhgn K.Selangor,

    Inilah yang dikatakan mengikuti arus perkembangan semasa dalam memberi maklumat. Tahniah diucapkan dan diharapkan agar menjadi lebih pro-aktif.

    Dapatkan maklumat-maklumat yang betul-betul panas dan bakal memanaskan punggung suku sakat PR. Selamat datang ke alam siber..

    BalasPadam