UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 4 Januari 2010

Sultan Selangor bersama pesawah

Sultan Sharafuddin Idris Shah memandu jentera menuai padi sewaktu membuat lawatan di Sabak Bernam, Selangor, semalam.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menghadiri majlis menuai padi di Parit 5, Sungai Besar di sini hari ini. Pada majlis itu, baginda turut meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat di kawasan itu yang majoritinya pesawah.

Baginda turut mencuba mengendalikan jentera menuai padi selepas mendengar taklimat mengenai aktiviti pertanian di Selangor yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Ahmad Zakaria Mohd. Sidek. Baginda juga sebelum itu turut merasmikan Surau Parit 15, Simpang Lima yang baru siap dibina untuk kemudahan umat Islam di kawasan itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Exco-exco kerajaan negeri serta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Abdul Khalid ketika berucap pada majlis tersebut berkata, kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan hasil pengeluaran padi di seluruh Selangor dalam Pelan Pembangunan Jangka Panjang Hasil Padi Kuala Selangor dan Sabak Bernam 2009-2013.

Jelasnya, melalui pelan tersebut kerajaan negeri akan berusaha melipatgandakan pengeluaran hasil padi di negeri itu daripada purata 5.1 tan metrik sehektar kepada 7.5 tan metrik sehektar pada 2013. Melalui usaha itu jelasnya, pengeluaran padi di negeri itu akan meningkat daripada 110,000 tan metrik kepada 140,000 tan metrik bagi setiap musim pada penghujung 2013.

Menurutnya, kerajaan negeri mendapatkan kerjasama daripada para petani, ketua-ketua blok, badan pengurusan berpusat, ketua-ketua kampung termasuk agensi kerajaan yang terlibat bagi memberi latihan dan bantuan yang diperlukan ke arah merealisasikan hasrat tersebut. - UM.

JM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan