UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR
Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Isnin, 21 Mei 2012
Luar bandar sasaran baru pusat urut di Selangor?
Gambar : Kewujudan begitu banyak pusat urut di Kuala Selangor menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk tempatan.
Kebanjiran pusat atau rumah urut di bandar-bandar besar di Selangor bukan baru malah telah banyak diperkatakan sebelum ini. Walaupun pelbagai saranan supaya kewujudan pusat-pusat urut berkenaan dikawal dan dihadkan, ia terus berleluasa tanpa kesudahan.
Kewujudan pusat tersebut secara berlebihan mewujudkan saingan sengit sehingga memaksa pengusaha mencari `nilai tambah’ bagi memastikan pusat urut mereka sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Selain itu, saingan keterlaluan itu juga mendorong mereka mencari pasaran baru termasuk di luar bandar. Ianya bermula dari Kuala Selangor sehingga ke Sabak Bernam! Jika sebelum ini, Kuala Selangor terkenal kerana kelip-kelipnya, kini ia mempunyai tarikan baru apabila menjadi tumpuan pusat-pusat urut.
Tinjauan baru-baru ini mendapati bukan satu tetapi enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka di pekan itu. Jumlah itu bertambah kepada lapan jika dua lagi pusat urut yang beroperasi di pekan kecil Sungai Buloh, kira-kira 10 kilometer dari sini, diambil kira.
Sementara itu : Penduduk pertikai tindakan PBT
Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang begitu mudah meluluskan operasi pusat urut di daerah ini menimbulkan banyak persoalan kepada penduduk setempat.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Islam Bestari Jaya, Suhaidi Salleh berkata, tidak ada keperluan bagi sebuah daerah kecil di luar bandar yang 65 peratus penduduknya beragama Islam mempunyai begitu banyak pusat atau rumah urut.
''Untuk apa? Di sini perkhidmatan tukang urut tradisional di kampung-kampung pun masih banyak.
''Paling mendukacitakan ia mendedahkan anak-anak muda kita kepada persekitaran untuk terjebak ke lembah maksiat,'' katanya.
Beliau menambah, apa yang menghairankan, banyak permohonan pihaknya untuk menganjurkan program sihat disekat atau ditolak.
Sebaliknya, ujar beliau, operasi pusat urut seolah-olah kelihatan sangat untuk diluluskan.
''Kami gantung kain rentang untuk memaklumkan aktiviti agama diturunkan, kain rentang bagi tahu operasi rumah urut tidak diturunkan pula,'' katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Fairuz Kukoh berkata, sejak kewujudan pusat urut, remaja sudah pandai bercakap mengenai seks dan pelacuran, selain judi..!
''Perkara ini amat menakutkan dan bukan sahaja remaja bahkan golongan yang telah berkahwin juga mengalami keruntuhan rumah tangga akibat perkara ini,'' katanya.
Azman Shah Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa perlu memperbanyak dan mengutamakan pembinaan tempat rekreasi untuk golongan remaja berbanding rumah urut.
Beliau yang juga Pengerusi Kelab Bermotor Speedway Kuala Selangor menambah, langkah itu dapat mengelak remaja terjebak dalam maksiat dan gejala sosial.
''Sekarang remaja di sini tidak ada tempat beriadah. Gelanggang futsal ada tetapi tidak diselenggara. Trek lumba juga tiada,'' katanya....!!!-UMO
Juragan Malawati..
Ahad, 20 Mei 2012
Halang program Irshad Manji!
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan meminta semua pihak menghalang sebarang program membabitkan wanita tersebut.
Katanya, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati Irshad seorang yang berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme selain mendukung hak LGBT di peringkat antarabangsa.
"Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam telah bertindak menghalang satu program Irshad di sebuah kolej di Bandar Sunway.
"Usaha itu akan digerakkan ke seluruh negara kerana kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Ulama dan Umarak Kedah 2012 anjuran Jakim di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dekat sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Datuk Noh Dahya.
Menurut Jamil Khir, Irshad datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan bukunya bertajuk Islam, Liberty and Love yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.
"Ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat," katanya.
Beliau berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT seperti yang ditegaskan dalam Persidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lalu di Geneva, Switzerland.
"Jadi, semua umat Islam perlu berhati-hati dan sentiasa peka dengan pelbagai ideologi yang cuba diasak oleh kumpulan dan individu tersebut untuk mempengaruhi mereka," katanya.
Irshad, 43, penulis warga Kanada pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie!
Juragan Malawati..
Khamis, 17 Mei 2012
Parasit Pas rela ulama diaibkan!
Sikap berdiam diri golongan parasit di dalam Pas berhubung komitmen barisan kepimpinan parti itu khususnya Dewan Ulama untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ditentang oleh sekutu mereka, DAP, hanya menunjukkan mereka lebih rela kepimpinan ulama diaibkan.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kumpulan parasit di dalam Pas pada masa ini lebih selesa menyentuh isu hak asasi, pilihan raya bersih, mengambil pendekatan yang begitu liberal terhadap isu murtad serta keghairahan menuju ke Putrajaya.
‘‘Amat malang bagi sebuah parti Islam yang mempunyai barisan kepimpinan yang semakin liberal dan tidak menunjukkan sokongan padu serta kesungguhan yang jitu untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam.
‘‘Malah sanggup pula melihat pimpinan ulama mereka diaibkan,’’ katanya melalui status Facebook terbaru beliau hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mula membayangkan kemungkinan parti itu tidak lagi akan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apabila tiba masanya kelak.
Harun berkata, walaupun mengakui Pas tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan kedua-dua parti itu, beliau tidak menafikan dasar perjuangan Pas sering mengundang bantahan daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Hasan berkata, sehingga kini belum ada riak-riak sokongan terhadap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang komited untuk melaksanakan hudud namun ditentang hebat oleh Karpal.
‘‘Ketua Dewan Ulama seperti biasa telah membuka laluan dan memberi jalan kepada pimpinan Pas pelbagai peringkat untuk menyuarakan pandangan dan seterusnya merangkakan tindakan yang patut diambil bagi menebus maruah Presiden, ahli dan penyokong parti,’’ katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini kelantangan suara-suara parasit hanya berkisar kepada usaha untuk menawan Putrajaya.
‘‘Saya masih menunggu komen daripada parasit-parasit dalam barisan kepimpinan Pas tetapi kebiasaannya mereka hanya lantang menyuarakan pandangan dan pendapat terutama isu yang melibatkan rancangan besar seperti untuk ke Putrajaya,’’ katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, agenda untuk melaksanakan hukum hudud merupakan perjuangan asal Pas dan ia telah diputuskan sejak parti itu ditubuhkan.
‘‘Ketua Dewan Ulama Pas telah merentangkan jalan untuk mendapatkan sokongan jitu daripada semua pemimpin dan ahli Pas. Bagi saya Harun telah membuat kenyataan yang paling jelas dan tegas. Hudud akan terus dilaksanakan melalui proses pindaan Perlembagaan.
‘‘Sekiranya rakan kongsi dalam pakatan tidak dapat menerima hudud, beliau dengan tegas tanpa bersembunyi menggambarkan kesediaan Pas memilih rakan kongsi lain yang dapat membantu melaksanakan hudud,’’ katanya.
Juragan Malawati..
Isnin, 14 Mei 2012
Hasan Ali - Jangan izin 'tangan kotor' tadbir negara!
Sokongan menjunam terhadap pakatan pembangkang di seluruh negara menunjukkan rakyat sudah tidak sabar untuk memastikan negara tidak jatuh ke 'tangan-tangan yang ternoda' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau dapat melihat sendiri angin perubahan yang melanda itu selepas melakukan siri ceramah selama 102 malam berturut-turut di seluruh negara sejak dipecat daripada jawatan Exco Agama kerajaan Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri itu.
Jelas beliau, faktor kerisauan rakyat itu diperkukuhkan lagi dengan penambahbaikan yang dibuat oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama UMNO dan pemimpin mewakili parti Bebas.
"Sokongan ini bukan sahaja di Pasir Mas, tetapi menjalar di seluruh negara untuk kita memastikan Malaysia tidak pergi ke 'tangan-tangan' yang akan memporak-porandakan negara, tangan yang sudah saya sebut dan sudah pemimpin-pemimpin lain sebut.
"Tangan-tangan yang mempunyai masalah besar dari segi agama Islam, masalah moral dan akhlak yang boleh dipersoalkan tindak- tanduk mereka bukan sahaja di peringkat individu tetapi keluarga dan masyarakat, maka jangan sesekali kita izinkan tangan ini mentadbir bumi Malaysia," katanya selepas menyampai ceramah pada majlis Ceramah Penerangan Nasional Isu-Isu Semasa, Islam, Melayu dan Raja di Dataran Stesen Kereta Api Pasir Mas yang dihadiri hampir 10,000 rakyat di sini malam tadi.
Turut berceramah pada malam itu adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali.
Hasan berkata, dalam setiap siri ceramahnya, beliau melihat kehadiran ramai rakyat dan ia merupakan gambaran kepada perubahan sokongan dalam landskap politik tanah air berbanding selepas pilihan raya umum 2008.
"Rakyat tidak dibayar, tetapi mereka datang sendiri dan malam ini ramai sama seperti ketika saya pergi ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu baru-baru ini begitu juga di Johor, Pahang, Perlis, malah seluruh negara," katanya.
Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan memaklumkan Jati berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan memorandum yang antara kandungannya adalah untuk menegakkan Islam di negara ini.
"Jika kita mencapai jumlah keahlian 100,000 orang, saya akan berjumpa beliau (Perdana Menteri) dan menyerahkan memorandum. Perkara pertama dalam memorandum itu nanti adalah mewajibkan pengajian agama Islam bermula di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga peringkat lebih tinggi," katanya!
Juragan Malawati..
Ahad, 13 Mei 2012
PM bersarapan dengan pengikut Twitter!
Gambar : Najib Tun Razak beramah mesra dengan pengikut Twitter beliau ke-500,000, Anwaruddin Izzuddin serta tiga lagi yang bertuah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy dan Mohd. Azhar Hashim ketika meluangkan masa bersarapan pagi di Restoran Chawan, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.
Anwaruddin Izzuddin, 15, pengikut ke-500,000 Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga lagi pengikut bertuah, hari ini mendapat peluang yang mungkin menjelma hanya sekali dalam hidup mereka untuk bersarapan dengan Perdana Menteri.
Tiga pengikut lain ialah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy dan Mohd. Azhar Hashim. Mereka masing-masing membawa seorang tetamu untuk menikmati sarapan bersama Najib di Chawan Restaurant di Bangsar di sini.
Perdana menteri menghabiskan masa kira-kira sejam bersama tetamu beliau sambil menikmati hidangan nasi lemak, telur rebus dan teh tarik. Beliau berbual dengan mereka tentang pelbagai perkara, daripada politik hinggalah kepada pilihan raya dan kehidupan seharian serta menandatangani autograf.
Pada pertemuan dengan pemberita kemudian, Anwaruddin berkata, dia sungguh gembira apabila mendapat tahu menjadi pengikut ke-500,000 Twitter Najib.
"Tapi, apabila mendapat panggilan daripada 1Malaysia.com seminggu lepas tentang berita itu dan untuk menghadiri majlis ini, saya sangka ia hanya suatu gurauan. Saya macam tak percaya mendapat peluang untuk duduk bersarapan bersama Perdana Menteri," katanya.
Anwaruddin berkata, dia menjadi pengikut @NajibRazak selepas mendapat tahu daripada abangnya bahawa Perdana Menteri mengadakan peraduan untuk berjumpa dengan pengikut Twitternya yang ke-500,000.
Pelajar SMK Sri Hartamas ini menyifatkan Perdana Menteri sebagai 'seorang yang bersahaja dan tenang' berbanding kebanyakan mereka yang seusia dengan beliau.
"Kami juga bercakap tentang Manchester United. Perdana Menteri memberitahu kami yang beliau sungguh teringin untuk ke Old Trafford bagi menonton perlawanan MU, tapi masih belum berpeluang berbuat demikian," katanya.
Lim Weng Marc, 24, pula berkata, peluang itu membolehkannya mengenali Perdana Menteri secara lebih dekat dan mengetahui tentang tugas beliau.
"Beliau bercerita kepada kami tentang usahanya untuk menambah baik negara ini dan kami dapat melihat bahawa beliau benar-benar bersemangat serta ikhlas dengan tugas beliau.
Pemuda ini berkata, mereka juga bertanya tentang tarikh pilihan raya umum, tetapi Perdana Menteri tidak memberi sebarang bayangan mengenainya.
Weng Marc membawa ibunya, Juliana Oo, 60, yang menyifatkan peluang bersarapan bersama Perdana Menteri itu sebagai hadiah paling besar sempena Hari Ibu yang pernah diterimanya. Hari Ibu disambut esok. - BERNAMA
Juragan Malawati..
Sabtu, 12 Mei 2012
Bekas ketua penulis blog Obama puji pendekatan Najib!
Sam Graham-Felsen, bekas ketua penulis blog Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memuji langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meraikan rakan internet beliau pada majlis sarapan dan jamuan petang sebagai sebahagian daripada pendekatan baru untuk mendampingi pelbagai kumpulan masyarakat di negara ini.
Graham-Felsen yang berkhidmat sebagai penulis blog Obama pada pemilihan presiden 2008, berkata Obama juga mengamalkan pendekatan serupa iaitu melalui "Dinner with Barack". "Majlis makan malam adalah peluang terbaik bagi orang biasa untuk berkongsi pengalaman dengan presiden dan saya rasa (menjadi hos sarapan dan jamuan teh) adalah langkah yang cukup baik," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada majlis makan tengah hari bertajuk "Daripada Satu Klik Kepada Satu Gerakan: Bagaimana Media Sosial Mengubah Organisasi Anda dan Dunia" di sini, hari ini.
Ceramah itu dianjurkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2012.
Graham-Felsen berkata demikian ketika diminta mengulas majlis sarapan yang dihoskan Najib bagi empat pengikut Twitter beliau di Chawan Restaurant di Bangsar, di sini hari ini.
Beliau berkata, pertemuan seperti itu juga akan memberi peluang kepada pemimpin untuk mendengar keluhan dan sungutan orang kebanyakan. Sementara itu, beliau berkata walaupun pengikut media tradisional mengalami penurunan ketara, imbangan yang mantap antara media tradisional dan media baru perlu ada.
"Media tradisional masih alat pemujukan penting berbanding media baru, manakala saluran tradisional pula perlu mengguna pakai platform lebih bersifat interaktif untuk membolehkan orang ramai, khususnya golongan belia, menyumbang pandangan mereka," katanya. - BERNAMA
Juragan Malawati..
Khamis, 3 Mei 2012
Bersih 3.0: Polis buru 49 orang lagi!
Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.
Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti alamat sebahagian mereka, memapar gambar mereka di akhbar dan meminta mereka hadir secepat mungkin di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jika mereka enggan, katanya, polis akan bertindak, termasuklah mengesan mereka di rumah.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh untuk mereka tampil memberi kerjasama.
“Kita juga minta mereka yang ada maklumat, melihat kejadian atau terkilan dengan apa-apa juga tindakan polis semasa bersurai atau mengenai penangkapan ketika perhimpunan Sabtu lalu untuk tampil ke balai polis terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Mereka boleh hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344.
Maklumat juga boleh disalurkan menerusi emel, azmiaziz@rmp.gov.my.
Dua hari lepas polis menahan seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan kerana perbuatan sama. Dia didakwa hari ini.
Dalam perkembangan sama, Mohmad mengesahkan menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak, antaranya peguam, wartawan, orang awam, peserta perhimpunan, peniaga dan anggota polis.
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti semua laporan itu untuk diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang negara ini.
“Kita bagi jaminan untuk siasat dengan adil semua laporan itu dan jika perlu tangkap baru kita akan tangkap,” katanya.-SH
Juragan Malawati..
Langgan:
Catatan (Atom)














