UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR
Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Ahad, 20 Julai 2014
Gagal laksana 'Langkah Kajang', Rafizi dicabar letak jawatan?
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dicabar meletak jawatan ekoran gagal melaksanakan Langkah Kajang yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman parti itu.
Ahli PKR Cabang Baling, Zamani Mustafa berkata, Langkah Kajang ilham Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan pengkhianatan terhadap parti apabila mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Saya melihat Langkah Kajang merupakan strategi melingkupkan parti. Sekiranya dia (Rafizi) anak jantan, dia akan memohon maaf kepada semua ahli PKR dan melepaskan jawatannya dalam parti.
Dia perlu ingat, langkah yang diciptanya itu turut menyebabkan huru-hara semasa pemilihan parti sehingga timbul insiden baling kerusi dan pergaduhan," katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, Rafizi dikritik hebat dari dalam dan luar parti berikutan Langkah Kajang yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan Abdul Khalid, menjejaskan perpaduan PKR.
Dalam perkembangan sama, Zamani turut mendesak Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi daripada jawatan Pengarah Strategi dan mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
Desakan itu perlu memandangkan strategi yang dicipta oleh Rafizi hanya menjahanamkan parti. Wan Azizah perlu memecat beliau," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mendesak agar kesemua aduan berkaitan pemilihan PKR 2014 didedahkan kepada ahli tanpa berselindung.
Juragan Malawati..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan