UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 29 Jun 2014

Saya tetap MB sekalipun kalah - Khalid?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak melepaskan jawatan Menteri Besar sekalipun kalah kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, beliau berpendapat tidak perlu baginya berbuat demikian.

"Saya tetap akan memastikan keupayaan diri saya sebagai pemimpin utama kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Khalid ditanya sama ada akan melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya kalah kerusi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu.

Dalam pemilihan Sabtu lalu, Abdul Khalid tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam dalam merebut jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor.

Manickavasagam memperoleh 701 undi, menewaskan Abdul Khalid yang mendapat 515 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diperoleh selepas proses pengiraan undi yang dimulakan kira-kira pukul 1 pagi dan tamat kira-kira pukul 5 pagi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, Abdul Khalid mendapat 517 undi, Azmin Ali (penyandang) 440 undi manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail 50 undi.

Difahamkan, undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dikira terlebih dahulu diikuti dengan jawatan ketua cabang.

Bagaimanapun, selepas Abdul Khalid ‘menang’ bagi jawatan timbalan presiden, berlaku insiden bekalan elektrik terputus menyebabkan pengiraan undi bagi ketua cabang terpaksa ditangguhkan.

Mengulas kekalahan di cabang Kuala Selangor, Abdul Khalid memberitahu, ‘kecacatan’ dalam proses pemilihan dianggapnya sebagai punca.

Jelasnya, kaedah pengiraan undi perlu diberi perhatian serius pada masa depan bagi mengelak sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan calon dan ahli.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan