UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 17 Mac 2010

' Politik baru ' helah Anwar - Ezam

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor menyifatkan slogan 'politik baru' yang dicanang pembangkang bagi melibatkan semua kaum hanyalah satu helah untuk menarik sokongan politik bukan Melayu.

Beliau berkata, slogan sedemikian tidak memberi apa-apa makna kerana ia sebenarnya telah lama diamalkan pemimpin terdahulu sejak tertubuhnya Parti Perikatan sehinggalah kepada kewujudan Barisan Nasional (BN) sehingga ke hari ini.

Dakwanya, slogan yang dicetuskan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya untuk memenuhi kepentingan politik dan diri bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ini kerana, katanya, untuk mencapai usaha itu, Anwar bertindak menghasut rakyat dengan menanam kebencian antara kaum sehingga wujudnya pelbagai kritikan, penghinaan terhadap Islam, kedudukan orang Melayu dan sebagainya atas nama kesamarataan.

''Yang bina negara ini siapa? Yang bina negara ini ialah para pemimpin terdahulu yang bangkit dari semangat kenegaraan yang meletakkan kepentingan negara mengatasi diri mereka.
''Anwar telah rosakkan semangat ini dengan meletakkan kepentingan dia, nafsu dia, kebencian dia melebihi kepentingan negara. Kerana undi maksimum, dia sanggup hina, pijak dan siat maruah bangsa dan Islam.

''Jadi, siapa yang mula politik antara (semua) kaum ini, bukan Anwar yang mulakan, Perikatan yang mulakan dari pilihan raya pertama tahun 1955 lagi," katanya ketika berucap dalam majlis Ceramah Umum : Membongkar Rahsia anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di Jalan Kebun di sini baru-baru ini.

JM...

1 ulasan:

  1. Sebenarnya pemimpin2 dari ex-pkr ini lah yang akan membunuh UMNO pada PRU13 nanti.

    Ingat pesanan Dato Musa Hitam ex-TPM, tanpa sokongan dari kaum bukan melayu, UMNO pasti bungkus pada PRU13 nanti.

    Kaum bukan melayu memang anti-pemimpin2 yang tidak bersih - pengkhianat, kaki rasuah, tidak jujur dan tidak berpendirian tetap.

    Sekarang terlalu ramai pemimpin2 ex-umno@ex-pkr@ex-umno@ex-pkr - lompat sana,lompat sini kemudian lompat sana balik macam beruk.

    Sebenar nya cuma pencacai2 UMNO sahaja yang terpengaruh dan suka dengar ucapan2 beruk ini. Pada kami, mereka ini semuanya hampas yang sudah tidak berguma lagi. Lebih buruk dari amang, amang pun berguna dan mahal harga nya hari ini

    BalasPadam