UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 16 Januari 2010

Khalid Samad Cuba " Derhaka " Dengan Titah Sultan Selangor!

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang membuat tuduhan tidak berasas apabila mengaitkan jabatan itu dengan sebarang agenda atau parti politik tertentu.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, Ahli Parlimen Shah Alam itu seharusnya faham bahawa keputusan tersebut dibuat berasaskan penyelidikan dan kajian oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Malah, katanya, larangan pengunaan kalimah tersebut telah pun termaktub dalam enakmen agama Islam negeri yang sewajarnya dipatuhi oleh semua pihak termasuk Khalid sendiri.

''Saya tak faham kenapa beliau mengaitkan JAIS, MAIS dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dengan agenda politik sedangkan tindakan kita berasaskan fakta yang jelas iaitu al-Quran, sunnah serta pandangan para ulama.

''Larangan ini telah difatwakan dalam undang-undang agama Islam negeri.
''Soalnya, siapa yang sebenarnya cuba mempolitikkan perkara ini. Sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau harus faham perkara ini dan tidak membuat tuduhan yang melulu sedangkan beliau sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada rakyat," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Khalid yang membuat pelbagai tuduhan terhadap jabatan berkenaan yang didakwanya bermotifkan politik. Tambah Muhammed Khusrin, JAIS telah menjalankan program penerangan kepada umat Islam mengenai larangan tersebut yang berasaskan fakta dan dalil yang kukuh, bukannya hanya berdasarkan fakta kamus, istilah atau sejarah seperti yang didakwa Khalid.

''Penerangan ini telah kita buat di seluruh daerah di Selangor melalui ceramah, seminar termasuklah khutbah Jumaat di seluruh masjid. Saya percaya semua orang tahu mengenai penerangan ini,'' katanya.

Sementara itu, Khalid terus secara terang-terangan mengkritik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang kalimah Allah digunakan orang bukan Islam. Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai kritikan kerana ia sebenarnya hanya bertujuan meminta penjelasan daripada MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kenapa larangan itu dilaksanakan.

''Saya tidak mempertikaikan, saya hanya mohon penjelasan. Puak-puak UMNO ini, dia tidak ada hujah untuk memberi penjelasan, jadi dia beri amaran keras dan ugutan. ''Kalau hendak kita akur kepada fatwa yang dikeluarkan, maka kemukakan dalilnya. Jangan sekadar beritahu fatwa sudah buat, maka kita kena dengar dan taat.

''Ini bukan budaya yang diajar oleh Islam kepada umatnya. Segala pegangan, kita kena yakin betul," katanya ketika menyampaikan ceramah umum isu-isu semasa di Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini malam tadi.

Sebelum ini :

Allah Hanya Untuk Islam - Sultan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu. Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri sebelum ini.

Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam. Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain. Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.

Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya.

Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.

Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

“Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.

Komen :

Jadi apa sebenarnya yang Khalid Samad ini mahukan. Adakah beliau masih lagi mahu menegakkan benang yang basah? Adakah beliau mahu cuba " menderhaka " dengan melanggar titah Sultan Selangor yang juga Ketua Ugama Islam Negeri Selangor Darul Ehsan? Ingat Khalid Samad, anda cuma bertandang datang ke Negeri Selangor ini? Hormatlah sedikit dengan adat-adat Melayu Islam di Negeri Selangor. Hormatlah dengan Ketua Agama Islam Negeri Selangor iaitu Baginda Sultan Selangor?

Cuba anda lakukan perkara yang sama di negeri kelahiran anda di Negeri Johor? Adakah anda akan dilayan dengan apa yang anda dapat di Negeri Selangor. Jangan lupa dengan kata-kata perumpamaan orang Melayu, masuk kandang kambing mengembek : masuk kandang lembu menguak!!! Hormat sikit dengan titah Baginda Sultan Selangor. Jangan jadi syirik dan kufur. Jangan lagi hiris perasaan orang Melayu Islam di negeri Selangor dan juga dinegeri-negeri lain di negara ini. Jangan cuba nak menghasut orang Islam dengan cara anda bersekongkol dengan pihak Kristian? Adalah lebih molek jika anda sendiri jadi Kristian sebagai pegangan ugama anda dari jadi seorang Islam yang KUFUR? MasyaAllah...

JM...

Khamis, 14 Januari 2010

Penyokong dan Blog PAS Jilat Kahak ' Hijau ' Mahfuz!

Setelah program Umno Juara Rakyat berakhir baru baru ini, terdengar salakan dari jauh Naib Presiden PAS . Juara Raja lawak yang di angkat menjadi naib presiden PAS atau dikenali panggilan mesra Mr Bean PAS membuat kenyataan sekali lagi meremehkan minda rakyat terutamanya penyokong PAS sendiri.

Kenyataan dangkal beliau di Haprak Daily seolah olah ibarat meludah ke langit kerana mempersoalkan bantuan yang diberikan kepada rakyat. Mr. Bean PAS ini yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan pengumuman Najib yang memperuntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Kenyataan bodoh lagi sombong beliau adalah satu percubaan memperbodohkan rakyat kerana beliau mempersoalkan dari mana datangnya wang untuk membantu rakyat. Agak kelakar apabila melihat kelakuan Mr.Bean PAS ini yang hanya tahu tahu membuat kenyataan bodoh-bodohkan rakyat tanpa berfikir panjang.

Kerajaan BN yang terasnya adalah UMNO adalah di pilih oleh rakyat, di undi oleh rakyat dan kerajaan BN yang terbentuk sehingga sekarang adalah pilihan rakyat. Maka kerajaan ini adalah kerajaan RAKYAT! UMNO PILIHAN RAKYAT!.

Bantuan yang diberi semestinya adalah datangnya dari sumber kewangan kerajaan rakyat dan adakah Pemimpin kerajaan PAS Kedah atau Kelantan mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu rakyat? Jika berlakunya kebakaran, banjir, bencana alam dan bantuan kepada fakir miskin adakah pemimpin PAS mengeluarkan duit poket sendiri untuk membiayai kesemua permasaalahan rakyat?

Adakah PAS mengeluarkan dana kewangan parti dan jika ada dari mana datangnya dana parti PAS? Yang pasti Kerajaan negeri bawah pemerintahan PAS mengunakan dana kewangan kerajaan negeri. Yang akhirnya jika bantuan diberi maka akan keluarlah di dada akhbar Haprak Daily PAS adalah prihatin kepada rakyat.

Jika benar benar mengunakan duit sendiri, sila berikan bukti, bila, dimana dan kepada siapa bantuan diberikan. Kalau setakat RM100-RM300 tak payah heboh-heboh kerana ramai lagi pemimpin dalam Malaysia buat perkara yang sama. Adakah Ds Nizar mengeluarkan wang poket sendiri untuk membantu mangsa bencana alam? Adakah Mahfuz keluarkan duit poket sendiri bantu perbaiki infrastruktur masyarakat dikawasan parlimen yang diwakili?

Adakah Nik Aziz wali selipar mengeluarkan duit poket sendiri memberi pampasan kepada mangsa KB Mall?Kesemuanya tidak! kesemua wang bantuan kepada rakyat datangnya dari dana yang diperolehi dari sumber kerajaan negeri yang kamu perintah. Takkan perkara sebegini perlu kamu perbodohkan rakyat?

Usah bercakap soal wang rakyat kerana PAS sejak dari dulu mengambil wang derma rakyat pada setiap ceramah fitnah mereka sebagai sumber wang poket pemimpin sendiri. Maki hamun, mencarut dan fitnah dibayar rakyat kononnya fisabillilah tetapi rakyat di tipu hidup hidup kononnya untuk perjuangan parti,walhal untuk perut pemimpin PAS sendiri.

PAS usah mendabik dada kerana tanggungan kos perbelanjaan muktamar di Ipoh pada 16 April 2008 sebelum ini pun hasil wang rakyat atau lebih mesra sebagai wang tokey balak yang PAS curi. Habis kesemua yang hadir muktamar di Ipoh makan dan menikmati dari hasil yang HARAM! Buat muktamar menelan belanja RM1juta ? Dari mana datangnya dana itu? Dana PAS? Atau mengunakan kepentingan kerajaan negeri Perak ketika pemerintahan MB tunggangan DAP!

Jika kerajaan BN PILIHAN RAKYAT yang terasnya UMNO mahu membantu rakyat dengan membelanjakan wang rakyat untuk rakyat , apa masalahnya? Apahal Mahfuz perlu menyalak? Rakyat beri sambutan pada UMNO, PAS sakit hatikah? Atau PAS kepanasan sekarang apabila nampak rakyat sudah berpaling dari mereka? Wallahuallam...

- Pisau -

JM...

Rabu, 13 Januari 2010

Sumpah Raja-raja Melayu pertahankan kesucian agama Islam

Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada semua pihak umat Islam yang bernaung di bawah negeri itu supaya berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam diharap turut memberi mesej kepada kerajaan negeri yang mempunyai Sultan masing-masing.

Ini kerana kesucian agama Islam bukan sahaja wajib dipelihara oleh Kerajaan Pusat tetapi juga semua kerajaan negeri. Sebagai Ketua Agama Islam negeri, apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor itu adalah tepat. Martabat dan kesucian agama Islam tidak patut direndah-rendahkan oleh sesiapa pun.

Apatah lagi jika ada pihak yang sengaja hendak menyelewengkan penggunaan kalimah suci 'Allah.'
Kita sudah melihat kesan tidak baik hasil tercetusnya gerakan yang cuba melakukan penghinaan kepada agama rasmi negara serta Perlembagaan Persekutuan. Semua pihak berasa tidak selesa dan tenteram. Ancaman dan pembakaran gereja tidak patut berlaku.

Golongan yang cuba mencemarkan nama baik Islam ini perlu diburu dan diambil tindakan undang-undang. Alangkah baiknya jika sebelum kejadian Jumaat lalu, ada pihak yang memahami dan menghormati agama Islam, maka tiada apa yang hendak dibimbangkan. Semua kaum boleh menjalankan amalan agama masing- masing tanpa ragu-ragu soal keselamatan.

Kini terjemahan kepada perkataan Tuhan telah mengundang kekeliruan dan sensitiviti keagamaan serta mengundang perasaan tidak harmoni di kalangan umat Islam dan Kristian.
Kini, rakyat mengharapkan agar Sultan- sultan sebagai Ketua Agama Islam negeri turut berpendirian seperti Sultan Selangor.

Malahan, amat penting pada masa ini majlis-majlis agama negeri memaklumkan kepada rakyat sama ada wujud atau tidak undang-undang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam. Kita yakin, jika maklumat ini ada, ia harus diterima dan difahami oleh semua rakyat berbilang kaum dan agama. Jadi tidak timbul usaha untuk mempertikaikan penggunaan kalimah 'Allah' yang khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan membenarkan penerbitan Herald - The Catholic Weekly mengguna perkataan 'Allah' jika diteliti sebenarnya bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara.

Semua pihak diharap sentiasa ingat bahawa penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam sepatutnya tidak dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai. Perkara melibatkan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu.

Jadi kalau mahu dikatakan Sultan Selangor telah campur tangan dalam isu ini, tindakan itu adalah wajar kerana tanggungjawab baginda selaku Ketua Agama Islam negeri dan selaras dengan sumpah Raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku

JM...

Isnin, 11 Januari 2010

Allah untuk Islam – Sultan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.
“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini.

Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam. Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain. Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.

Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).

“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya.
Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.

Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.

Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa. “Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya. - UM

Daulat Tuanku..Daulat Tuanku..Daulat Tuanku

JM...

Jumaat, 8 Januari 2010

BERTENANG!

Adalah dimaklumkan bahawasanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengambil perhatian serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua pihak agar sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia.

Baginda amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.

Memandangkan pihak kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berbangkit daripada keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut menzahirkan harapan baginda agar semua pihak terutama orang Islam agar bertenang.

Baginda juga menitahkan agar semua pihak saling menghormati semua tempat ibadat tanpa mengira agama.

Istana Negara,
Kuala Lumpur
8 Januari 2010

Isnin, 4 Januari 2010

Sultan Selangor bersama pesawah

Sultan Sharafuddin Idris Shah memandu jentera menuai padi sewaktu membuat lawatan di Sabak Bernam, Selangor, semalam.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menghadiri majlis menuai padi di Parit 5, Sungai Besar di sini hari ini. Pada majlis itu, baginda turut meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat di kawasan itu yang majoritinya pesawah.

Baginda turut mencuba mengendalikan jentera menuai padi selepas mendengar taklimat mengenai aktiviti pertanian di Selangor yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Ahmad Zakaria Mohd. Sidek. Baginda juga sebelum itu turut merasmikan Surau Parit 15, Simpang Lima yang baru siap dibina untuk kemudahan umat Islam di kawasan itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Exco-exco kerajaan negeri serta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Abdul Khalid ketika berucap pada majlis tersebut berkata, kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan hasil pengeluaran padi di seluruh Selangor dalam Pelan Pembangunan Jangka Panjang Hasil Padi Kuala Selangor dan Sabak Bernam 2009-2013.

Jelasnya, melalui pelan tersebut kerajaan negeri akan berusaha melipatgandakan pengeluaran hasil padi di negeri itu daripada purata 5.1 tan metrik sehektar kepada 7.5 tan metrik sehektar pada 2013. Melalui usaha itu jelasnya, pengeluaran padi di negeri itu akan meningkat daripada 110,000 tan metrik kepada 140,000 tan metrik bagi setiap musim pada penghujung 2013.

Menurutnya, kerajaan negeri mendapatkan kerjasama daripada para petani, ketua-ketua blok, badan pengurusan berpusat, ketua-ketua kampung termasuk agensi kerajaan yang terlibat bagi memberi latihan dan bantuan yang diperlukan ke arah merealisasikan hasrat tersebut. - UM.

JM...

Nik Aziz tidak setuju!


Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif. “Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian. “Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia ada hak dalam Perlembagaan. Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 1 Mac 2009, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar di sini menegaskan, tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ini kerana, kata beliau, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya badan rundingan itu diwujudkan secepat mungkin. “Majlis rundingan itu boleh dianjur NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup. “Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini.
Orang kita tidak suka berdepan begini,” katanya. Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.
JM...