UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 28 Disember 2009

Bukan Melayu MB Kelantan?

Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang bangsa dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.

Beliau berkata, cadangan itu juga mampu meluaskan penyebaran Islam kepada masyarakat lain kerana bertindak adil kepada semua kaum. "Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah.
"Masalah undang-undang yang dibuat mesti bangsa Melayu itu masalah undang-undang sahaja.

"Yang kita tengok adalah pandangan Islam macam mana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang sedia berkempen untuk melantik orang Cina Kelantan yang beragama Islam, berpelajaran dan berakhlak baik sebagai Menteri Besar.

Nik Abdul Aziz menjelaskan, dasar Islam untuk memilih seseorang pemimpin tidak mengenal bangsa sebaliknya berdasarkan akhlak yang baik. "Dasar Islam adalah dia orang Islam, akhlak baik cukuplah, tak kira bangsa, tidak ada kelebihan bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali takwa pada Allah.

"Kalau orang Arab jahat, saya akan kempen tak beri, saya akan lawan, tapi kalau Cina baik, saya akan sokong jadi Menteri Besar, ini boleh meluaskan keadilan Islam di Malaysia," ujarnya.

Sementara itu : MB didakwa gadai maruah

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap sanggup menggadai maruah apabila bersedia menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan Melayu juga menerajui negeri itu. Presiden Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan), Datuk Dr. Noordin Ab. Razak menegaskan, pihaknya menentang sekeras-kerasnya cadangan itu dan yakin ia juga dikongsi bersama oleh majoriti rakyat negeri itu terutamanya Melayu Islam.

Menurut beliau, cadangan itu adalah amat tidak logik dan tidak masuk akal memandangkan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu. "Sejarah juga telah termaktub bahawa negeri ini semasa naungan British merupakan negeri tak bersekutu yang mempunyai undang-undang tubuhnya sendiri iaitu memberikan keutamaan kepada Melayu beragama Islam untuk menjadi Menteri Besar.

"Orang British pun tahu hakikat ini, sebab itulah mereka menetapkan hanya Melayu sahaja boleh menjadi ketua negeri, janganlah pula Nik Abdul Aziz nak menjadi lebih Inggeris daripada orang Inggeris," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Noordin juga mengingatkan Nik Abdul Aziz supaya sedar dengan amanah yang diberikan oleh rakyat dan tidak seharusnya membiarkan diri serta kerajaan yang dipimpinnya terus dipergunakan oleh pihak lain yang berkepentingan.

JM...

2 ulasan:

  1. Allah swt cipta negera Cina untuk orang cina, negera India untuk orang India. Di Jepun, tukar pemerintahan pun kepada bangsa Jepun. Di Arab nak jual tanah pun ke tangan bangsa Arab. Jangan jadi Melayu Singapura di pinggirkan secara senyap hingga dari kaum majoriti ke kaum 3rd kelas minoriti. Renunglah umat Islam

    BalasPadam
  2. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan menyerahkannya kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.

    Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu wajar bagi membuktikan keikhlasan Mursyidul Am Pas itu dalam memberi peluang kepada orang bukan Melayu beragama Islam memegang jawatan itu.

    Paling tidak menurutnya, Nik Abdul Aziz perlu segera melantik Anuar Tan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

    ‘‘Jika Nik Abdul Aziz benar-benar ikhlas dengan kenyataannya itu dan ia bukan gimik politik semata-mata, eloklah Menteri Besar Kelantan itu meletakkan jawatan.

    ‘‘Kemudian serahkan jawatan itu kepada Anuar Tan atau paling tidak melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Besar. Saya mahu lihat adakah tindakan Nik Abdul Aziz ini mendapat sokongan daripada kepimpinan Pas yang lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas kesediaan kerajaan Pas Kelantan meminda UndangUndang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.

    Nik Abdul Aziz berkata, langkah itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang bangsa dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.

    Menteri Besar itu menjelaskan, cadangan itu mampu meluaskan penyebaran Islam kepada masyarakat lain kerana bertindak adil kepada semua kaum.

    Sementara itu Ibrahim berkata, kata-kata Nik Abdul Aziz sekarang sukar untuk ‘dipakai’ kerana kenyataannya yang tidak konsisten dan berbelit-belit.

    Mengulas isu sama, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Kamarudin Kachar berkata, cadangan Nik Abdul Aziz itu merupakan tindakan yang akan ‘menghanyutkan’ orang Melayu.

    Menurutnya, cadangan itu tidak berasas kerana akan menggugat kecemerlangan Melayu dan keagungan Islam.

    ‘‘Kecemerlangan Melayu dan keagungan Islam mestilah dijalankan secara serentak supaya kita (Melayu) lebih terkenal dan berkuasa.

    ‘‘Oleh itu, tindakan Nik Abdul Aziz menyatakan sedemikian bagi saya merupakan sesuatu yang karut dan tidak mungkin ada orang yang akan ikut (sokong) dia,” katanya lagi.

    Kamarudin berkata, undang-undang sedia ada tidak perlu dirombak kerana penetapan orang Melayu sebagai Menteri Besar bukan sahaja untuk pemulihan Islam tetapi memupuk kesinambungan tradisi budaya kaum itu sendiri.

    ‘‘Kalau tidak ada kesinambungan untuk kekalkan tradisi budaya Melayu, kaum Melayu akan hanyut dan hilang di dunia ini,” katanya.

    BalasPadam