UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 11 September 2009

PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP MENGHAPUSKAN KEKUASAAN MELAYU!

Memang PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali.

Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia?

Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam sama seperti ahli PAS (langsung tidak berbeda), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Tionghua serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama?.

Di sinilah ada sesuatu yang tersirat dan tersurat merasa pelik dan tertanya-tanya, apakah ini mengambarkan kebijaksanaan dan kebudimanan dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat Melayu dan Islam dalam negara ini?PAS seharusnya dapat melihat akan sikap chauvinist dan perkauman yang sebenar yang diperjuangkan oleh DAP sejak ianya tertubuh suatu ketika dulu.

Sekarang sikap itu masih berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan di Perak, walaupun sebelum ini di Perak Menteri Besarnya dari PAS. Namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS hanya kenampakan seperti boneka sahaja.

Dalam hal ini lebih efektif jika di Perak, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tersebut sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut.

Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang ternyata memusuhi Islam dan tidak rela pelaksanaan hukum hudud dalam negara ini? Yang berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini? Yang merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah?Atau mungkinkah ini kerana sikap "berpatah arang" diantara UMNO dengan PAS?

Sikap bermusuhan ini tidak baik dan amat tidak matang dalam politik abad yang ke 21 ini. Bukankah dikalangan penganut Islam, sangat tidak digalakkan sikap bermusuhan dikalangan saudara seagama? Secara teori/ideanya PAS pintar melontarkan kata-kata tentang betapa PAS memusuhi sikap yang buruk, tetapi secara praktiknya PAS adalah manusia yang selalu mengamalkan perbuatan buruk tersebut.

Bermusuhan sesama kita adalah satu sikap buruk yang sepatutnya dibendung sedari dulu kerana ia boleh menghancurkan tamadun bangsa yang telah lama terbina.PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut.

Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, "menang sorak kampong tergadai".

Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar buat seketika. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang dimaksudkan diatas dan merelakan demi kepentingan kuasa politik yang dinikmati bertahun-tahun.

Beliau benar-benar menganggap DAP adalah rakan baik di Perak tanpa menyedari bahawa Perak bakal jatuh ketangan DAP jika DUN dibubarkan dan diadakan Pilihanraya semula. Adakah PAS sedar, DAP telah berjaya mempunyai wakil Melayu?

Jika pilihanraya diadakan semula dan andaikata majoriti kerusi DAP memenangi lebih daripada PRU12 yang berpihak kepada DAP, adakah Nizar diperlukan lagi dengan adanya wakil Melayu yang berpaksikan DAP?
Wallahuallam..

Juragan Malawati

4 ulasan:

  1. Salam..

    ARKIB : 09/09/2009
    DAP paling aktif bantu SPR daftar pengundi

    PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.

    Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.

    Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

    Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.

    "PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

    "Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

    Wan Ahmad berkata, SPR menghargai daya usaha PPS dalam menarik minat orang ramai mendaftar menjadi pemilih memandangkan tanggungjawab besar yang dipikulnya berikutan setiap tahun terdapat 400,000 orang mencapai umur 21 tahun.

    "Kumpulan PPS inilah yang paling berkesan dalam mencari dan mendaftarkan pemilih baru berbanding kakitangan SPR yang turun padang, diikuti di pendaftaran di pejabat pos dan kaunter.

    "Tahun lepas terdapat kira-kira 2,000 PPS di seluruh negara. Mereka begitu rajin sekarang dan bila rajin, tinggilah pendapatan mereka yang diberi RM1 jika berjaya mendaftarkan seorang pemilih baru," katanya.

    Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada SPR supaya menambah bilangan PPS sedia ada iaitu dari seorang setiap parti untuk satu Dewan Undangan Negeri kepada tiga hingga lima orang.

    "Mungkin kita akan mencadangkan supaya setiap daerah mengundi diperuntukkan seorang PPS bagi setiap parti," katanya.

    BalasPadam
  2. itu yang kita nampak.. malang sekali melayu2 pakatan ni bebal dan tak nak terima kenyataan. terus menerus menaruh dendam terhadap umno sehingga ke anak cucu.. budaya melayu baru kah itu? pas mmg perosak minda rakyat. sedih melihat

    BalasPadam
  3. Salam Sdr.Media Cyber ..

    Pemimpin-pemimpin dalam kelompok berkenaan sanggup mengatakan UMNO mengamalkan Islam palsu dan Islam plastik tetapi yang anehnya mereka tidak pula mempertikaikan apa pula bentuk Islam yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bagaimana pula dengan pendirian DAP, jika ada pihak hendak melaksanakan pemerintahan Islam?

    Adalah sesuatu yang malang jika perhitungan politik mengatasi segala-galanya. Demi kuasa politik, demi secebis kedudukan, kita lebih rela bermusuh sesama Islam. Kita keluarkan pelbagai hujah bagi 'menghalalkan' tindakan kita mengecam saudara kita sendiri.

    Salam perjuangan...

    BalasPadam
  4. siapakah nik aziz yang berkelayakkan mengelarkan umno sebagai parti islam plastik atau palsu? dia duduk disebelah nabi? siapakah dia untuk mengatakan sokong umno xkan masuk syurga? sebelum ini, di zaman T. Mahathir, saya tidak sekali menaruh kekecewaan terhadap dia. Senang saya melihat kelantan dibawah pentadbiran dia walaupun masih berlakunya kemiskinan ditahap kritikal.

    yang kini sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas sekali tidak menyokong perjuangan islam PAS. PKR pula hanya mementingkan agenda mereka sendiri tanpa mempedulikan PAS.

    melayu2 pakatan kurang cerdik dalam menilai kedudukan PAS yang ditindas setiap masa oleh DAP. Terlalu percaya dengan pembohongan PAS. Terlalu taksub dengan syurga ciptaan nik aziz. .sekali gus ini membuatkan mereka kelihatan seperti mempercayai ajaran sesat.

    BalasPadam