UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 11 Januari 2014

Serbuan JAIS: Kit Siang jangan cuba berlagak pandai?


Lim Kit Siang digelar sebagai keldai tua kerana tidak memahami Perlembagaan Persekutuan apabila mengkritik tindakan UMNO mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya, Khamis lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Penasihat DAP itu cuba berlagak pandai walhal dia tidak mampu membezakan bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Menurutnya, Kit Siang sebagai Ahli Parlimen veteran dilihat cuba menangguk di air keruh apabila membuat tuduhan melulu itu.

"Isu JAIS membuat serbuan ke atas premis terbabit biarlah pihak berkuasa agama negeri ini yang selesaikan.

"Kita ada Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988, fatwa penggunaan kalimah Allah yang diwartakan pada 27 Januari 2010 dan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan rakyat negeri ini akur kepada larangan penggunaan Allah oleh bukan Islam," katanya.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor di sini hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, Kit Siang mengkritik UMNO Selangor kerana menyokong tindakan JAIS merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan berkenaan.

Noh menegaskan, jika Kit Siang mahu mempersoalkan tindakan JAIS, Ahli Parlimen Gelang Patah itu sepatutnya berbuat demikian di negeri lain.

Jelasnya, undang-undang kerajaan negeri Selangor tidak sama dengan undang-undang kerajaan negeri-negeri lain.

"Di Selangor khususnya, ada enakmen mengawal pengembangan agama selain Islam. Jika Kit Siang hendak bercakap soal Perkara 11, pergilah ke Pulau Pinang, Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan yang tiada peruntukan sedemikian," ujarnya.

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Di sini saya ingin menawarkan mana - mana blogger pro kerajaan portal berita www.nusantaradaily.com.

    Apa yang anda akan dapat ?

    - domain (alamat website) yang mudah diingati.
    - domain dot com diberi keutamaan oleh enjin carian seperti Google, Yahoo & lain2 berbanding blogspot (percuma).
    - percuma 1 domain.
    - percuma hosting selama 1 tahun.
    - percuma tutorial cara menggunakan / update portal.
    - lebih banyak kategori berita yang boleh dimuatkan
    - design yang menarik.
    - maklumat pemilik website adalah rahsia.
    - dan banyak faedah lain.


    Jika anda memiliki portal ini sekarang, apabila tiba PRU14 & PRU15 portal ini telahpun popular.

    Portal ini dijual kepada sesiapa yang menawarkan harga terbaik bermula dengan RM500.

    Terima kasih.

    BalasPadam