UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 6 Oktober 2013

Selesaikan isu air di Peak 208?

Penduduk menunggu giliran untuk menadah air dari tangki statik yang disediakan oleh Syabas disebabkan berlaku gangguan bekalan air di Peak 208, Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor, semalam.

Bukan sekali dua penduduk Peak 208, Taman Kajang Utama dekat sini terpaksa mengangkut air menggunakan baldi ke rumah mereka sejak tiga tahun lalu.

Sudah berkali-kali mereka melakukannya sehinggakan pada setiap bulan kerja sampingan itu terpaksa dilakukan agar rutin harian mereka dapat diteruskan dengan sempurna.

Gangguan bekalan air yang memberi kesan kepada hampir 800 penduduk taman tersebut membuatkan mereka kini sudah hilang sabar kerana penyelesaian terhadap isu itu masih tidak nampak.

Mana tidaknya, tatkala pulang bekerja pada waktu petang, mereka hanya mampu melihat penduduk taman berhampiran dapat membasuh kereta dan menyiram pokok bunga seperti biasa.

Malangnya, penduduk Peak 208 itu pula terpaksa beringat-ingat dan mencatu bekalan air agar dapat digunakan pada waktu-waktu kritikal.

MB lebih banyak tidor dari mengambil tahu hal rakyat!

Menurut wakil penduduk, Rostam Salleh, masalah tersebut berlarutan sejak sekian lama dan sering berulang sehingga ke hari ini.

"Gangguan kali ini berlaku sejak Sabtu lalu kerana kami difahamkan tangki air yang menyalurkan bekalan ke taman kami mempunyai masalah teknikal.

"Kami tidak pasti masalah apa yang menyebabkan gangguan kerap berlaku tetapi pernah diberitahu tangki utama di taman kami sering kosong kerana terpaksa menunggu tangki berhampiran penuh terlebih dahulu.

"Selepas tangki berhampiran penuh, barulah air bergerak ke tangki kami tetapi kalau tangki tersebut pun masih tidak penuh, kami tidak akan dapat langsung bekalan air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Rostam yang terpaksa menyewa sebuah rumah inap desa di Bandar Baru Bangi sejak gangguan bekalan air Sabtu lalu berharap masalah tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya.

"Apabila ada aduan penduduk, baru Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menghantar kakitangannya untuk membuat pintasan secara manual di tangki tersebut, tetapi (masalah selesai) hanya untuk beberapa hari kerana masalah serupa akan berulang selepas itu," katanya.

Ujarnya lagi, tindakan menyewa rumah inap desa itu terpaksa dilakukan demi memberi keselesaan kepada anaknya untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula hari ini.

Juragan Malawati..

2 ulasan:

  1. nama syarikat: PUNCAK IDIA BERSATU SDN. BHD.
    Dapat geran RM10 juta dari Kementerian Sumber Manusia
    8 bulan lepas, geran utk bagi training. masa tu Datuk Maznah
    adalah Timbalan Menteri Kem. Sumber Manusia.
    Anak lelaki beliau ada share dalam Puncak Idia Bersatu. sekarang
    semua partner bergaduh pasal share. Bapa dia cuba masuk campur
    supaya anak dia dapat majority share instead kat blog

    http://sangkakala9.blogspot.com

    BalasPadam
  2. AZEEZ RAHIM tak pi haji?? patut pengerusi pi haji. JAMIL KHIR pergi tapi AZEEZ RAHIM tak pergi... hmmm.. AZEEZ RAHIM bukan pilih kebajikan tapi lebih pentingkan politik.

    BalasPadam